Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

10.5.10

No Man Is Perfect

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata “NO MAN IS PERFECT”.


Click here to read more

25.1.10

Mamma Mia!!! Oh La La!!!

Rambang mata bila pegi shopping. Kadang2 ketumbit pun ada gak.
Baru je nak baik demam gara2 Cik Ti mati t`sepit....demam balik ni.
Demam shopping telah kembali.....

Mahal sgt la pulak baju2 ni. Tak beli pun, tapi tgk2 je la. Cuci mata la kata kan.......


Orange mcm buah limau Tahun Baru Cina la pulakkkk....


Agak expensive!!! Harga baju ni boleh sara aku makan 3 - 4 bulan tau....makan yg best2 gitu.


Ai like this one.......looks so sexy!!!

Catwoman must have this!!! Grrrrrrr............maintain brutal !!
Oh La La !!!



Lepas shopping ptg tadi, time makan yg best2......mmg tak boleh blah. Wajib makan even t`pitam siang kelmarin gara2 t`jumpa Cik Ti mati t`sepit kat pintu besi kedai aku.

Inilah yg d`namakan Makaroni Bakar B`keju Mamma Mia!!!!.......muahhhhhhh!!!! Sedap siot. Lepak2 dan makan2 kat rumah a friend of mine, si Dahlia. Mcm org bujang pulak aku ni boleh lepak2 dan makan2 kat rumah org ye.....haipppppp, jgn cakap kat Darling aku tau. Syyyhhhh...




p/s : Tak semua perkara aku dapat share dgn lebih details sejak dua menjak ni. Nanti aku kene "serang hendap" lagi mcm dulu tuuuuu.........

p/s : Darling aku pun dah letak "traffic lights" depan batang hidung aku skrg ni......hanya dua warna je. Merah dan kuning. Hijau terus takde. Samada stop blogging for good atau go slowly in doing this "monkey-business".........errrrkkkkk !! Hmmmmm!!!! Boleh ke aku hidup tanpa blogging nihhhhh?? Huhuhuhuhu.......












10.10.09

Kita Dan Pisang, Pisang Dan Kita (n3 Sihat)


Perhatian: Jgn sekali-kali menyimpan pisang dlm peti sejuk. Lepas baca, anda semua pasti akan pandang tinggi pd buah pisang. Huhuhu....


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang d`gabungkan dgn gentian. Pisang m`berikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera dan b`terusan. Kajian yg telah d`buat menunjukkan bahawa 2 biji pisang m`punyai cukup tenaga utk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang d`jadikan buah utama kpd atlit t`kenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai utk m`cegah dan m`rawat b`berapa jenis penyakit, m`jadikannya amat sesuai dlm p`makanan kita seharian.

Tekanan:Merujuk kpd survey t`baru yg d`jalankan oleh MIND t`hadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, k`banyakan drpd mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yg b`tukar kpd serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya m`buatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yg t`kandung mampu m`neutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu m`awal p`tumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung m`bantu dlm kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi – garam rendah, m`jadikannya sempurna utk m`stabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:Kajian d`buat t`hadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan d`jalankan, mereka d`beri makan pisang utk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yg mengandungi kadar potassium yg tinggi dpt m`bantu p`belajaran dgn m`jadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sbg diet s`harian anda pasti m`bantu m`stabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara te`baik utk mengurangkan k`letihan ialah dgn m`buat minuman pisang susu campur madu. Pisang b`tindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dpt m`bina semula kandungan gula dlm darah yg b`kurangan akibat k`letihan, manakala susu pula m`perbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:Pisang m`punyai kesan anti-asid semulajadi dlm badan. Oleh itu, jika anda me`hadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang utk pemulihan yg baik.

Demam Pagi:Jadikan pisang sbg snek setiap hari utk m`bantu memelihara kadar gula dlm darah utk m`elakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum m`gunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah b`jaya m`atasi k`gatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.
Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yg tinggi yg dpt m`bantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria m`dapati tekanan kerja m`jadi pemangkin kpd pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. B`dasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian m`dapati k`banyakan pesakit obes m`buat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, utk m`atasi masalah ini, kita perlu m`awal kadar gula dlm darah dgn m`ambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk m`ekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dlm p`cegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak m`cederakan organ dlman kita. Ia juga b`tindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan k`pedihan dgn b`tindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kpd ibu-ibu mengandung. Di Thailand sbg contoh, ibu mengandung m`ambil pisang ut memastikan bayi yg d`lahirkan itu m`jadi seorang yg penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yg t`jadi akibat drpd kurangnya p`dedahan kpd cahaya matahari. Pisang dpt m`bantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yg m`baikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dpt m`bantu p`rokok yg ingin b`henti m`rokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yg t`dpt dlm pisang, ia dpt m`bantu tubuh kita dlm m`baikpulih kesan nikotin t`hadap tubuh.

Stres:Potassium m`rupakan bahan mineral vital, yg m`bantu m`normalkan degupan jantung, m`hantar oksigen kpd otak dan m`imbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.

Strok:Mengikut kajian dlm buku ‘The New England Journal of Medicine‘, m`ambil pisang sbg diet harian mampu mengurangkan risiko k`matian akibat strok s`byk 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit: P`amal perubatan semulajadi (alternatif) b`pendapat, utk m`hilangkan p`bagai masalah kulit, t`masuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil s`keping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin d`rawat dgn m`gunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.




So, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.



P/s : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama knp monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!


Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dlm kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut anda, kemudian kilatkan dgn kain kering. Menakjubkan!