9.9.09

Pesanan Untuk Kebaikkan Bersama

Bacalah!

Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja - berhati-hati! Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi.

Kisah Pertama :

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada CUTEX dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal.

Ini bukan budaya kita. Tapi ramai di antara kita yg m`jadikan ini sebahagian drpd budaya kita.


Ditanya pula pada kawan-kawan si mati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi.

Ini juga bukan budaya kita malah tiada dlm Al-Quran dan hadith yg memerintah kita m`aplikasikan tattoo sbg p`hiasan diri.


Pengajaran:-

Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.

Kisah kedua :

Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari,dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian.

Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di kebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati.

Ditanya pada ahli keluarganya,dimaklumkan bahawa si mati adalah seorang budak yang baik... namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati.....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian.
Barulah tiada tangisan kedengaran.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang.Oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah Kristian amat halus dan ada di mana-mana tanpa disedari. Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang.

Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah di import secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar. Samada benar atau tidak, ianya telah juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah.

"Wallahu'alam. .....

"Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu,kamilah hamba yang mengharap belas darimu. Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung."

10 comments:

kenari said...

anak2 remaja mudah terpengaruh pd benda2 hiburan, kebebasan bersosial, mengikut kwn2 dsb. Islam melarang...Kristian tiada tegahan. Maka terjadilah spt yg zyma ceritakan ni

syah shah said...

Betul, dakyah kristian adalah sangat halus dan mesra... Sebab itu ramai yang sangat mudah terpengaruh, apalagi bila Islam itu samar-samar sahaja pada mereka... Pendakwah Kristian tak prejudis kepada pendosa sebagaimana kebanyakan pendakwah Islam... Maki hamun terang-terang, caci hina... Bila berceramah tak ada keseronokkan mendengar kerana hambar, malah ada yang tak faham... Terkadang diselit dengan jenaka yang sangat bodoh dan jelik... Sebab itu remaja tak gemar dengar ceramah agama... Kerana kekurangan pada diri sang penceramah tu sendiri...

Dan sesungguhnya menyeksa mayat dengan mencabut kuku dan mencukur rambut itu adalah berdosa... peritnya tika roh dicabut keluar pun masih tersisa, kenapa mesti diseksa lagi sampai demikian rupa?

cutex kan ada pencucinya, kenapa perlu sampai cabut kuku? kiranya rambut diwarnakan, itu sudah berlaku, tak perlu sampai nak botakkan kepala mayat...

Oppss... sori, terpanjang lebar...

Tie said...

Sebenarnya bukan rohnya yang merayau, tetapi Qarinnya..

Kena selalu ingat dan pantau budak2 tu... Musuh2 Islam ni guna cara halus..

maza said...

Kita sayangkan Islam.. tetapi kita tidak pernah pula mahu mengamalkannya secara total... camna tu?

Syariat main diabai2kan.. akidah dijuih2kan.. akibatnya mudalah mana agama lain mula menyelinap! Lalu membunuh diri...

Camner tu? Banyak peristiwa kita sendiri cakap tak serupa bikin! aderkkkk

julietchun said...

ada jugak yg nazar mengarut macam tu. anak2 skang ni memang kena dipantau aktiviti didlm dan luar rumah.

Zyma Saad said...

Kenari.....

Itulah yg terjadi dlm masyarakat kita pd hari ini.

**Citer ni sy dpt dri seorg blogger yg e-mail kpd sy.

Zyma Saad said...

Syah Shah....

Pengaruh Kristian di negara kita semakin kuat.....kita sbg org Islam kene kuat.

Semoga keturunan kita m`besar dgn sebaiknya,Insya Allah.

Zyma Saad said...

Kak Tie....

Bukan roh ekkkk?? Owhhhh,qarin ye.
Hmmmm,baru sy tahu.

Ngeri,kan??? Perkara begini tak boleh dibiarkan.

Semoga anak2 kita dan seluruh ahli keluarga kita dilindungi oleh ALLAH.

Zyma Saad said...

Kanda Maza....

Cakap tak serupa bikin, bikin tak cakap, cakap tak bikin. Bikin pun bukan, cakap pun bukan. Huhuhuhu.......

Zyma Saad said...

Julietchun....

Manusia mudah hilang pertimbangan bila tiada kekuatan dlm diri dari segi agama. Minta dijauhi dari semua kejahatan sebegini.