26.3.09

Luahan Dari Hati Ke hati...........

Tadi semasa aku nak bersolat Maghrib,aku terima satu panggilan dari seorang perempuan.Kedengaran suara perempuan tu macam bermasalah.Lagipun line tak cukup clear....seolah-olah dia berada dalam terowong.Actually,dia ni dari Kangar,Perlis.

Dia menyerang aku dengan kata-kata biadap. Aku baru teringat yang dia tu adalah JANDA My Hubby yang tak pernah berpuas hati dengan aku.Dia tuduh aku mengikis duit My Hubby.Dia tuduh aku pergunakan My Hubby. Macam-macam lagi tuduhan berat dia lontar kat aku. Dia ni juga seorang blogger....

Jawapan aku mudah je :"Whatever.No comment.".....
Banyak lagi perkara yang penting untuk aku uruskan.

Mrs."J" tu cakap yang aku menggunakan kekayaan ku & family ku untuk perangkap My Hubby. Aku hanya cakap "Iya ke?"....

Seingat aku Mrs."J" ni diceraikan bukan disebabkan kehadiran aku,tapi sebenarnya perangainya yang suka MENYERANG & BIADAP.


**UNTUK PENGETAHUAN SI PEMANGGIL @ BLOGGER DARI KANGAR,PERLIS-MRS."J"**

1)Memang saya anak orang berada.Anak orang senang.Anak orang berduit.Anak seorang
VVIP ternama.Tapi saya tidak pernah menggunakan DUIT untuk dijadikan UMPAN yang
awak TUDUH terhadap saya.Memang saya dilahirkan hidup senang, tapi saya bukan
seperti yang awak dakwa.Saya hidup berdikari di atas kaki sendiri mencari rezeki
yang HALAL & BAIK untuk membantu Abg.Nazri.Terlalu BERAT TUDUHAN awak terhadap
saya.Berapa banyak duit yang awak bagi kat Abg.Nazri yang sy dah kikis? Saya tidak akan membalas apa2 terhadap awak,biarlah ALLAH s.w.t yang tentukan.Ini janji sy
sebagai manusia yang masih siuman.Bukan macam awak....memburukkan orang lain
sedangkan dendam awak pada sy. Itu namanya tak siuman!!

2)Awak menuduh saya menyebabkan Abg.Nazri(ex-hsbnd awak) jatuh papa-kedana & tidak
berduit hinggakan dia tidak dapat balik jumpa awak. TUDUHAN itu TERLALU BERAT untuk saya terima.Malang sekali,selama ini saya yang berkorban & membantu hinggakan sewaktu TAYAR KERETA GEN2 KCE 7*** milik awak rosak(or maybe pancit),saya yang korbankan wang saya bagi melalui Abg Nazri untuk balik bantu awak. Tapi,awak tidak pernah tahu semua itu sebab saya yang meminta Abg Nazri merahsiakan pertolongan saya.Ini terjadi dalam tahun lepas,2008.

3)Awak tidak berhak mengetahui sekerap mana Abg Nazri balik jumpa saya. Awak juga
tidak berhak mempersoalkan status saya. Saya lebih suka bersikap mendiamkan diri
dari menyebar.Saya tidak seperti awak,Mrs."J"....

4)Awak telah membuat tuduhan terhadap sy sebagai PENYEBAB Abg Nazri jatuh susah
& tidak berduit untuk BALIK TENGOK AWAK DI RUMAH. Tuduhan yang tidak berasas.

5)Baguslah awak tahu saya orang berada.Tapi awak terlalu silap dengan menilai saya
dari sudut NEGATIF. Awak sedang dalam kemarahan & jiwa tertekan. Apa yang saya
telah diberitahu oleh Abg Nazri, awak pernah menghina isteri pertama dengan
mengatakan isteri pertama Abg Nazri tu "Ustazah gila".Kan biadap namanya tu mengata
kat isteri pertama macam tu. Malah awak juga org yg pernah print-out artikel dari
blog sy & sebar kepada isteri pertama hingga hati dia terluka. Dalam telefon, awak
cakap hanya dapat menerima isteri pertama Abg Nazri, tapi awak HIPOKRIT. Awak
melaga-lagakan dia dengan Abg Nazri.Inikan bukti awak "dapat terima isteri
pertama" nya?? Sy tak hairan jika awak benci sy sebab hati awak memang hitam.

6)Sekiranya saya ingin mengungkit apa yang telah saya bantu, tak termampu awak nak
membayar balik.Tapi,saya REDHA atas nama ALLAH s.w.t untuk terus membantu selagi
saya mampu.Awak tidak nampak semua itu sebab awak telah dihantui dengan rasa takut
kehilangan suami sedangkan awak juga melakukan kesilapan. Saya tidak suka ungkit
segala pemberian sesuatu barang atau duit yang beribu,Mrs."J". Itu bukan sikap
@ sifat saya. Lain la jika awak begitu.

7)Saya tidak suka merendah-rendahkan kaum sejenis saya sebab itu bukan sikap @ sifat
saya.Lagipun,saya kan orang berada,banyak duit.....buat apa saya nak iri hati @
merendah-rendahkan kaum sejenis saya?? Seharusnya saya bersyukur dapat membantu.
Dan untuk pengetahuan awak,saya tidak pernah berkurang ajar dengan Abg Nazri apatah
lagi untuk menyerang dia kat tempat keje.Itu bukan cara saya menyelesaikan problem
kami berdua. Saya banyak berlembut hati & melihat permasaalahan dia & anak-beranaknya.Dari situ baru kita tahu apa & kenapa.

8)Tuduhan awak terlalu BERAT terhadap saya.Sekalipun awak telah menghina diri saya,
tapi ingatlah dulu awak pernah diceraikan disebabkan apa.Diri awak yang hina juga.
Ingatlah berapa kali awak pernah BERCERAI?? Kenapa? Awak tanya diri awak sendiri.

9)Saya tidak pernah kesal jika awak membenci saya sebab saya sendiri juga tidak
menaruh harapan untuk mendekati awak. Saya tidak berminat dan saya tahu awak amat
merbahaya untuk didekati sebab Abg Nazri selalu cakap yang awak sedang mengalami
SAKIT JIWA / GANGGUAN MENTAL.

10)Saya tahu Abg Nazri susah.Saya membahagiakan dia selayaknya seorang suami harus
terima.Bukan SEKS yang menjadi ukuran,tapi HATI yang dapat menerima kekurangan
dalam hidupnya.

11) Jika sekalipun Abg Nazri rapat dengan saya....biarlah,itu urusan kami berdua.

12) Saya tahu Abg Nazri pernah melukai hati saya, tapi saya selalu memaafkan dia.
Saya bukan PENDENDAM seperti awak yang sanggup melukai hati isteri pertama Abg
Nazri. Manusia mana yg perfect di bumi ALLAH ini? Tiada siapa pun yg pefect.
Semua orang buat kesilapan. Begitu juga sy & Abg Nazri...

Semoga Mrs."J" faham luahan isi hati saya setelah membuat TUDUHAN BERAT. Jika awak
meminta Abg Nazri meninggalkan saya,bagaimana pula perasaan awak apabila telah ditinggalkan/diceraikan disebabkan kekhilafan diri sendiri? Saya tidak pernah terlintas meminta Abg Nazri menceraikan awak. Malah sy org terakhir yg menegtahui yg awak telah diceraikan. Itupun setelah beberapa hari. Sy tidak berminat untuk mentertawakan awak. Buang masa sy je.Sesungguhnya Allah tahu apa yang telah terjadi antara awak & Abg Nazri. Jangan mengheret saya ke dalam kancah permasaalahan diri awak yang semakin gila.

Apa pun,terima kasih kerna menelefon saya untuk menghina. Ternyata awak memang tidak rasional dalam soal berpoligami.Saya akan ingat sampai bila-bila penghinaan yang awak
berikan pada saya. Penghinaan itu akan menguatkan lagi kasih sayang & cinta antara saya & My Hubby (Abg.Nazri).Semoga awak berbahgia dengan niat jahat awak.

21.3.09

Morning Sayang Abg....

Semalam aku tak dapat lelapkan mata sepenuhnya.....
Banyak yang aku fikirkan....
Macam-macam....

Sekejap terlelap.....
Sekejap terjaga....
Then, terlelap lagi....
Then, terjaga lagi.....
Aduhhhhh....

Tetiba handphone aku berbunyi seawal jam 6:50 pagi....
Aku terkejut....
Rupanya MY BELOVED HUBBY (Nazri Y.H.N) call...

"Assalammualaikum Sayang. Bangun cepat. Bangun pegi solat Subuh. Dah lewat nih."..Hubby kejutkan aku.

"Sekarang jam berapa,Abg? Semalam Ayg tak boleh lelapkan mata."....Aku mengadu kat Hubby.

"Sayang,Abg dah on the way ke Alor Star nih. Bangun la. Cepat pegi mandi & solat."....Hubby kejutkan lagi.

"Awalnya Abg datang Alor Star.Ayg dah nak bangun ni. Kepala Ayg pusing2 sikit,Abg."...ngadu lagi kat Hubby.

"I love you,Ayg.Abg rindu kat awak.".....aduhhhh terharunya hati ku ini bila Hubby call pagi2 & cakap "I love you".

"I love you,too,Abg."....



**Itulah Hubby ku....manja dengan aku. Aku juga manja dengan Hubby. Sama2 manja. Aku tak suka gaduh dengan Hubby kalau sekadar hal kecil. Segalanya boleh dibawa berbincang secara rasional,Insya Allah.**

11.12.08

Happy Birthday,Hubby

Hari ini adalah hari lahir My Beloved Hubby.
Aku dah wish awal pagi tadi.....

Apa yang aku beli atau beri kat My Hubby?
Surprise ekkkk....
Tak boleh cakap kat sini.....nanti ada org lain tau.

Apa pun,Happy Birthday,Hubby.
Ayg love u....muahhhhhhhhhhh......


I love u this muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh and much and much and much and much.....non stop!!!
I`ll be loving u forever.....

21.10.08

Wayang Kulit Seri Asun,UUM

Aku sempat pergi tengok Wayang Kulit(Shadow Play)di UUM,Sintok semalam.
Aku dijemput....
Siapa yang menjemput.....??
Ada laaaa.......ehem-ehem.

Menarik jugak...
Aku penuh asyik menonton Wayang Kulit.

Aku sanggup drive dari SP ke UUM,Sintok.
Walaupun aku tak sihat.....
Hampir 2 hour aku drive.
Aku sengaja balik keje awal semata-mata nak tengok Wayang Kulit di UUM.
Aku nak bagi sokongan kepada semua peserta yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, especially My Hubby bucukkkkkkk.

Aku pilih untuk duduk di kerusi belakang.
Aku tidak pandai untuk expose diri...
Aku lebih senang "stand alone".....
Santai rasanya....
Aku tidak gemar berkepit dengan Hubby macam "chopstick"....

Hinggakan ada yang fikir aku ni student UUM....
Ye la....muka aku ni macam student...

Suasana malam itu memang indah.....
Aku tersenyum melihat gelagat students & tetamu yang hadir....


Thanks Hubby 4 the nite.It was interesting!! Wish u all the best.

17.10.08

Leave me alone!!!

Hari ini adalah hari yang paling teruk untuk aku......

Aku tak tahu nak mengadu dengan siapa....
Aku tak pasti keputusan yang bagaimana harus aku buat....

Letihnya.....
Lelahnya.....

Begitu mudah manusia nak menghancurkan hidup manusia lain....
Tapi begitu sukar untuk akui kesilapan....

Aku terlalu letih dengan semua ini....
Mungkin aku akan terus berdiam diri......
Tanpa sebarang khabar.......
Tanpa sebarang bicara.......
Mungkin dengan cara ini dapat memuaskan hati semuanya.....

Aku terlalu bosan dengan semua ini.....

Leave me ALONE!!!!




p/s :
Aku akan mula tutup handphone bermula dari saat ini.....
Sampai bila....usah ditanya.
Biarkan aku bersendirian seketika......
Susah aku tanggung sendiri....tak pernah ada sesiapa pun yang pernah menyelami
hati & perasaan aku....

21.9.08

Pesanan Buat Hubby.......

Hubby....
Di kala kita berjauhan....
Aku rindu kamu....
Aku mencintai kamu......
Aku setia pada mu....

Hubby....
Aku ingin berpesan pada mu.....
Walau apa jua yang terjadi pada diri ku kelak...
Ingatlah,yang PERTAMA tidak mungkin jadi yang KEDUA atau KETIGA....
Dan yang KEDUA atau KETIGA tidak mungkin sama sekali menjadi yang PERTAMA...


Hubby....
Aku menghormati kamu.....
Aku bahagia saat kamu bahagia...
Aku menangis saat kamu bersedih.....
Segala yang terjadi pada diri mu pasti ada sebab...
Semua yang berlaku pasti ada jawapan yang tersembunyi......

Aku yakin pada diri mu....
Aku masih mempercayai pada mu....
Walau siapa diri mu suatu masa dulu....
Kerna itu aku berusaha menunaikan impian mu....
Impian kita bersama....
Kamu....mereka.....aku....
Yang pasti kita percaya siapa diri kita.....

Hubby.....
Aku ingin melihat kamu berjaya.....
Aku ingin melihat usaha kamu itu berhasil.....
Doa ku untuk mu tidak pernah putus....
Biarpun ada yang cuba memutuskan harapan kita.....
Niat ku hanya untuk menumpang kasih pada mu....
Bukan bermaksud untuk merampas.....
Aku tenang biarpun berjauhan dari mu.....
Kerna ku tahu di mana aku berdiri & berpijak.....

Hubby......
Bila aku tiada nanti.....
Teruskan mengusahakan impian kita itu....
Jangan berhenti selagi itu adalah rezeki halal....
Selagi impian & usaha itu memberi rezeki bersih...
Aku ingin kamu berjaya mengusahakan impian kita....

Hubby....
Aku mohon halalkan semua makan & minum ku......
Halalkan kasih sayang mu pada ku....
Halalkan segala cinta mu untuk ku....
Terima kasih kerna selalu mencintai ku.....
Terima kasih kerna membenarkan ku menumpang kasih di sisi mu...




*Aku cinta kamu,Hubby*

18.9.08

18 Ramadhan.....

Assalammualaikum....

Salam Ramadhan. Sudah 18 hari kita melalui bulan Ramadhan.

Sudah beberapa hari aku tidak membuat en3 dalam blog ini.
Aku tidak sihat....

2 hari lepas aku pergi jumpa Doktor di hospital.....
Ye la,aku ni kan tidak sesihat seperti dulu.....tidak seperti anda di luar sana.

Doktor cakap aku ni tidak mungkin sembuh lagi.....
Aku faham....
Aku tidak mengharap lagi.....
Aku terima setenang hati....

Doktor juga buat X-ray.....tulang di bahagian belakang aku berwarna seperti "lebam"....
Leukimia yg aku hadapi sudah sampai tahap seperti ini?
Hahhhhhh, lelahnya aku....
Doktor cakap aku hanya perlu teruskan hidup dengan bergantung pada ubat sahaja...
Tapi sampai bila?

Aku inform pada Hubby....
Aku faham perasaan di hati Hubby ku.....
Hubby bertanya khabar bila setiap kali aku balik dari berjumpa Doktor...
Aku faham dia susah hati....
Tapi, aku tetap gembirakan hati dia....
Hubby pasti genggam tangan aku untuk tenangkan hati ku...
Hakikatnya hati Hubby sedih.....

Setiap kali aku beritahu Hubby yang aku ni hidup tidak lama.....
Hubby cakap "Abg tak suka dengar Ayg cakap tentang mati. Abg mahu awak teruskan hidup."

Mana mungkin aku dapat hidup seribu tahun.....setahun pun belum tentu lagi.
Namun aku masih mengharapkan kehidupan bahagia.

7.9.08

Banjir Kilat di Gurun



Antara gambar banjir yang aku sempat snap dari Pokcik SONY ERICSSON ku......


Aku memandu dari Sg.Petani dengan membawa sebuah kisah menuju ke Alor Setar (my hometown).

Aku balik dari keje around 4pm...singgah rumah sewa ku untuk berehat seketika. Aku tertido hingga jam 6:15pm. Hujan renyai-renyai semenjak dari tengah hari tadi membuatkan aku seronok dibuai lena ku. Aku keletihan sebab dah banyak hari aku keje dari pagi hingga jam 9:00 malam.....sebab banyak assignment & paperwork perlu disiapkan. Berbuka puasa pun di pejabat sejak beberapa hari yg lalu.

Aku tersedar dari lena ku...jam tangan ku menunjuk pukul 6:15pm. Aku bangun....aku terlupa janji ku dengan Mama.Ya ALLAH....aku terlalai dengan lena keletihan ku.AMPUNI ku,Ya ALLAH. Aku bersolat dulu sebelum balik Alor Setar. Jam 6:45pm aku bertolak balik dari rumah sewa ku.

Sesaknya jalan raya dekat Persiaran Seroja,Sg.Lalang....hmmmm,ada bazar Ramadhan. Aku teruskan lagi memandu kete ku hingga Gurun. Hujan belum berhenti dari tadi.
Jam di tangan ku menunjukkan waktu berbuka puasa semakin hampir. Aku ada beli air soya & sedikit juadah berbuka masa aku singgah isi minyak kasi kete aku minum di PETRONAS Sg.Lalang.

Sesak di jalan raya Gurun semakin teruk....rupa-rupanya BANJIR KILAT. Aku ingatkan ada kecelakaan jalan raya.

Aku tersangkut dalam kesesakan itu. Kete di depan ku bergerak perlahan. Aku tersangkut dalam "LAUT" atas jalan raya.....

Aku benar-benar TAKUT ketika itu....sebab aku seorang diri dalam kete ku....tiada sesiapa yang menemani ku ketika itu. Hanya ALLAH yang tahu di saat itu.
Aku call Mama.....tapi terputus-putus. Aku tak dapat dengar suara Mama ku. Aku call Mama sekali lagi....terputus lagi. Aku hanya ingat ALLAH saja di saat itu.....aku tersangkut betul-betul dalam "LAUTAN".
Air banjir tu agak deras.....aku rasa kete ku seperti bergoyang ke kiri & kanan.
Di saat itu aku rasa akan kehilangan segalanya.....aku rasa amat gelap.
Aku rasa yang aku akan "berakhir" di tengah "LAUT" atas jalan raya....tanpa Mama, Abah,Kakak,Abang,Adik2 & lain2.

Aku hanya mampu menyebut "Subhanallah"......berulangkali.

Aku rasa bagaikan air telah memasukki kete ku....sebab aku ni sebenarnya PENAKUT AIR. Aku takut dengan AIR. Itu la kelemahan aku yang sangat ketara....yang tak dapat dibendung lagi.....dari kecil hingga dewasa kini.

Mama cuba call aku......aku dapat dengar suara Mama, tapi putus-putus. Mama tanya di mana? Kenapa belum sampai rumah lagi?

Aku seperti ingin menangis bila dapat dengar suara Mama. Aku terasa amat selamat bila Mama call aku di saat aku ketakutan...
Mama cakap :"Hati2 memandu dalam hujan tu.Istighfar banyak2 ye.Itu dugaan dari ALLAH untuk awak dalam bulan puasa. Banyakkan berdoa supaya selamat & cepat sampai rumah."

Aku cakap kat Mama sambil menangis : "Ma,kat sini banjir teruk.Aya rasa mcm berada dalam laut. Takut,Ma."

Aku terpaksa berbuka puasa seorang diri dalam kete di tengah "LAUTAN" atas jalan raya sambil ditemani air mata ketakutan. Aku memang takut air tahap GABAN......

Jam di tangan hampir pukul 8:50pm, aku drive kete keluar dari "LAUT" di GURUN sampai ke Alor Setar bertemankan perut yang menyanyi kelaparan meminta nasi sebab aku hanya minum aje dalam kete & makan kuih seketul akibat ketakutan tersangkut dalam "LAUT".

Akhirnya aku sampai juga di rumah Mama....tak jauh dari Kediaman Rasmi MB.
Aku bersyukur pada ALLAH sebab aku sampai di rumah Mama dengan selamat. Tapi, Mama pegi surau untuk solat Tarawikh. Aku disambut oleh kakak ipar & big bro aku yang tengah sedap tengok ASTRO & santap kuih cara yang diaorang buat tadi untuk berbuka puasa. Aku masuk bilik & terus cari bantal busuk ku & peluk kuat2 untuk hilangkan rasa takut....huhuuuhuhu.



Moral of the story:

1) Jangan memandu ketika hujan.
2) Jangan memandu seorang diri tanpa teman jika sudah lewat petang.Bimbang terjadi sesuatu yang tidak diingini.
3) Solat terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
4) Jangan terlalu manja macam aku hinggakan takut pada air.(Aku takut air sejak kecil lagi, that`s why aku tak gemar pegi waterfall,pantai atau sungai)
5) Jangan jadi penakut macam aku......
6) Jangan suka menangis macam aku di saat tersangkut dalam banjir......

3.9.08

Doa ku buatnya....

Tuhan.....
Di kala Ramadhan ini...
Insan lain berbahgia...
Ada sekeping hati yang lara...
Bersedih....

Tuhan.......
Kembalikan bahgia itu buat dia....
Hati ku menangis andai hati nya masih bersedih....
Tenangkan hatinya.....
Kuatkan semangat di jiwanya.....

Aku mohon sejuta keampunan dari Mu....
Kembalikan bahgia itu....
Aku mohon.....




P/s : Hubby,apa jua yang terjadi,jangan jauhkan diri dari ALLAH....
Semua itu terjadi kerna Dia ingin menguji kita sebagai HambaNya. Dekatkan diri
pada Allah....Doa adalah ubat untuk kita bahgia,Hubby. Mintalah dari- Nya,
Hubby. Mudah-mudahan,doa & pemintaan mu akan terjawab & dimakbulkan,Insya
Allah.

1.9.08

1 Ramadhan....

Kringggggg..kringgggg.Alarm clock aku menjerit....
Aduhhhh,4:15 pagi buta...
Beratnya mata aku....

Aku tertido balik.....

Tetiba Mama ketuk pintu bilik. "Bangun,sahur!!! Nanti lewat lak."
"Ya,jap la,Ma."...aku jawab...

Aku tengok jam kat handphone 4:40 pagi buta.

Lemahnya nak bangun pagi2 buta ni. Lagi sedap kalau dapat "membuta" atas katil.
Liatnyer nak bangun....
Aku dengan lemah bangun jugak....

Habis sahur, aku hadap screen laptop ni sampai sekarang.....
Buat paperwork....update blog la.....check e-mail la(kot2 ada "makhluk" hantar e-mail kat aku).....

Hari ni cuti lagi....