18.9.08

18 Ramadhan.....

Assalammualaikum....

Salam Ramadhan. Sudah 18 hari kita melalui bulan Ramadhan.

Sudah beberapa hari aku tidak membuat en3 dalam blog ini.
Aku tidak sihat....

2 hari lepas aku pergi jumpa Doktor di hospital.....
Ye la,aku ni kan tidak sesihat seperti dulu.....tidak seperti anda di luar sana.

Doktor cakap aku ni tidak mungkin sembuh lagi.....
Aku faham....
Aku tidak mengharap lagi.....
Aku terima setenang hati....

Doktor juga buat X-ray.....tulang di bahagian belakang aku berwarna seperti "lebam"....
Leukimia yg aku hadapi sudah sampai tahap seperti ini?
Hahhhhhh, lelahnya aku....
Doktor cakap aku hanya perlu teruskan hidup dengan bergantung pada ubat sahaja...
Tapi sampai bila?

Aku inform pada Hubby....
Aku faham perasaan di hati Hubby ku.....
Hubby bertanya khabar bila setiap kali aku balik dari berjumpa Doktor...
Aku faham dia susah hati....
Tapi, aku tetap gembirakan hati dia....
Hubby pasti genggam tangan aku untuk tenangkan hati ku...
Hakikatnya hati Hubby sedih.....

Setiap kali aku beritahu Hubby yang aku ni hidup tidak lama.....
Hubby cakap "Abg tak suka dengar Ayg cakap tentang mati. Abg mahu awak teruskan hidup."

Mana mungkin aku dapat hidup seribu tahun.....setahun pun belum tentu lagi.
Namun aku masih mengharapkan kehidupan bahagia.

No comments: