Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

25.12.09

Sungguh Lucah !!!

Uols, pernah tak chatting dlm YM? Mesti pernah,kan. Ni citer pagi tadi b4 aku pegi buka bisnes.
Aku sempat la buka e-mail Yahoo aku. Dlm e-mail kita juga boleh chatting,kan.

Ada la seekor mamat yg gersang pada Hari Raya Tokwan Santa Claus nihhhh. Dia hantar mesej chatting kat aku. Mulanya OK la.....ayat positif la kekononnyer. Aku chatting secara profesional kekononnyer (cisss,nak jugak puji diri nihhhhh....). T`tiba .............

Mamat Gersang : I nak tgk you dlm webcam, leh tak?

Aku Yg Suci : Maaf la, sy takde webcam. (pada hal webcam aku t`pampang besar kat depan batang hidung aku nihhhhh.....)

Mamat Gersang : Alaaaaa...kejap je. I nak tgk you......

Aku Yg Suci : Takde webcam. Sorry, Bro.!!!!

Mamat Gersang : I kasik you tgk I, nak tak?

Aku Yg Suci : Hmmmmm, no thanks. (Tapi rasa nak tgk jugak la......macho sgt ke Mamat Gersang ni sampai offer kat aku supaya tgk muka dia...).


T`tiba je bila aku nak accept gambar Mamat Gersang tu (via webcam yg dia hantar tu...).... Astaghfirullahalazim. Masya Allah. Nauzubillah.

Ishhhhh...ishhhhhh.......betapa tak malunyer!!! Berani2 dia tayang "adik"nya yg tak malu tu kat aku. Haiyaaaaa......manyak lucah ooooooo!!!! Aku terus OFF. Dia ingat aku HADAP sgt nak tgk "adik" dia tu. Mau pitam aku.......(masa kat saloon, aku t`ingat kat Hubby aku la pulakkkk.... Jumaat wehhhh. Hehehehe !!!!).

Wa manyak malu mau tgk ini buah, tapi wa terpaksa tengok sbb mau kasik lu olang tgk sama.

Nak chatting, chatting la dgn sopan santun dan b`hemah tinggi. Ini tidak, lagi mau tayang kebagai harta karun yg ada dlm seluar dia. Macam hensem sgt "adik" dia tuuuuu!!! Pigirahhhhhh !!!! Kucing jiran aku lagi hensem tauuuu......

p/s : Hubby, jgn bimbang. Wa tak ade tgk "adik" itu olanggggg !!!! Wa sgt takut maaaaa.... wa manyak innocent lorrrrrr !!!! Trust me lorrrr!!!! Haiyaaaaa.....wa punya mata sudah labun malam sampai pagi wooooo.

5.8.09

Cinta Internet Oh Cinta Internet

Pagi tadi, sewaktu aku nak pegi saloon, aku dengar HOTFM AM CREW (Farah Fauzana dan Faizal Ismail) dlm kete. HOTFM ni lah teman aku diwaktu kesunyian dlm kete dan p`hibur kedukaan semasa b`sendirian. Uhukkkk, uhukkk (t`batuk la pulekkkk).

Tajuk yg diaorg bualkan adalah "CINTA INTERNET". Boleh juga d`baca di HARIAN METRO. Mmg HANGAT, HANGUS dan HANGIT tajuk ni ketika on-air di HOTFM. Aku yg tgh driving pun geram m`dengar ttg ada seorg MAT SALIH dari United Kingdom yg telah menipu ramai gadis2 M`sia yg innocent. Mat Salih ni m`gelar dirinya sbg Steve la, Raymond la, Richard la......dan mcm2 lagi nama yg d`gunapakai utk m`perdaya.

Sasaran Mat Salih ni MUDAH je........b`chatting dlm ruangan sembang2 dan pilihannya adalah gadis2 M`sia. Mat Salih ni m`buat segala bagai janji manis dan segala bagai ayat2 POWER utk perangkap mangsa2nya yg tidak pernah kenali wajahnya.

Antara janji manis semanis gulanya adalah : akan m`hadiahkan laptop, cincin p`kahwinan dan mcm2 lagi expensive stuff utk si gadis.

Mangsa2 m`beritahu dlm online HOTFM tadi, Mat Salih penipu tu m`minta sejumlah WANG yg b`nilai besar dan dimasukkan ke dlm akaun Mat Salih yg m`janjikan p`kahwinan yg meriah dgn gadis2 ni. Aku yg cuma m`dengar pun jadi GERAM tauuuu dgn Mat Salih penipu tu. Kesian gadis2 tu........t`tipu dan d`tipu.

Farah Fauzana telah m`nyamar m`jadi seorg gadis @ teman wanita Internet Steve (Mat Salih penipu) utk mengetahui apakah Mat Salih ni benar2 WUJUD. T`nyata Farah Fauzana telah b`jaya menelefon Mat Salih penipu yg b`ada di United Kingdom. Penipu ni dgn sesenang hati m`manggil BABE kat Farah Fauzana. Siap cakap "I love you so much" lagi gituuuu kat Farah Fauzana. Ini b`makna Mat salih penipu ni mmg pandai b`main dgn AYAT2 CINTA utk m`lemahkan mangsa2nya. Dasar penipu.....sampai bila2 juga penipu!!!!!!

Owhhh gadis / wanita, kenapa kalian begitu m`percayai kata2 manis seorg lelaki yg tidak pernah anda kenali wajahnya?? Lelaki t`lalu mudah m`atur kata2 indah dan ayat2 cinta sempurna hinggakan kita sbg wanita jatuh t`leka penangan "k`ikhlasan" lelaki.

Kenapa kalian perlu sacrifice wang simpanan utk lelaki yg tidak kalian kenali wajah apatah lagi watak warna peribadi lelaki t`sebut?? Kalian hanya kenali lelaki itu m`lalui INTERNET......dunia yg tiada sempadannya!!!! Berbagai HELAH dan penipuan boleh t`jadi,wahai kaum ku yg sesungguhnya tiada daya m`lawan dan mudah lemah dan leka dgn janji2 manis lelaki. Aku sedih dgn apa yg t`jadi......dunia oh dunia!!! Semakin maju, semakin byk jenayah alam maya t`jadi. Semakin seseorg itu bijak, semakin byk keje2 lagha yg d`lakukan. Sesungguhnya inilah antara dugaan2 di akhir zaman.

Wahai gadis2 / wanita2 yg ku sanjungi, jgn mudah t`pedaya dgn "kasih syg", "cinta" m`lalui INTERNET. Risikonya amat besar. Hati manusia sukar utk d`tafsir..... segala bagai boleh t`jadi. Kawan2 di hdpan dgn mudah menipu kita, inikan pulak kawan2 di dlm ruangan sembang2 dlm internet.....hmmmm, lagi mudah m`perdaya kita.

Sama2 kita jadikan iktibar dan pengajaran utk diri kita. Jgn d`buai dgn ayat2 cinta yg penuh tipu daya ciptaan manusia atas bisikan syaitan dan iblis yg d`laknati ALLAH.