5.12.09

Makan-Makan Di Kedah & Perlis

Aku suka makan. Tapi makan tak suka kat aku. Sebab lepas makan mesti aku pegi jumpa Doctor Tan. Siapa Doktor Tan tu?? Owhhh, itu doktor tandas ye. Hehehehe.

Sejak dua menjak ni aku t`rasa rajin la pulak. Asyik keluar masuk Perlis je. Lepas tu dok diam2 kat Alor Setar. Kalau rajin sikit lagi, aku masuk Penang hingga Ipoh. Drive sorang2. Makan angin sampai kembong perut yg kempis nihhhh.

Ni Onion Rings home made. Makan byk, berat badan dok cenggitu jugak. Kejap 44kg, kejap 46kg. Ishhhhh.....pelik betul!!!! Ni bukan makan namanya, tapi m`lantak yg sebenarnya. Muhahaha....



Makan Onion Rings b`sama burger daging. Fries pun ada. Makan s`pinggan, mcm makan 3 pinggan lak. Tapi masih 44kg....jap 46kg. Penimbang tu rosak kot....huhuhuhu.



Dua tiga hari lepas, m`lantak yg ni pulak. Tuuuu, tgk telor mata kebau selonggok atas Koeyteow Kerang Iman Jalan Sultanah Sambungan,Alor Setar. Top sungguh Keoyteow Kerang nihhhhh.....meh la try makan. Perghhhh, t`angkat abisssss. Harga b`baloi2........


Ni teh tarik panas. Nak minum ke?? Meh la join sama......yg ni kat mana2 pun ada.



Rugi tak makan. Selagi masih sihat, makan la byk2 tapi penuh adab dan tertib. Jgn m`lantak mcm hari besok dah takde. Jgn t`lalu sayangkan duit sampai nak makan pun b`kira2........hidup tak b`baloi kalau segalanya nak d`catu itu dan ini. Makan je.......jgn takut gemuk atau jatuh bangkurap (bankrap la tuuuuuu......muahahahaha).


p/s : Aku tgh plan nak masuk Perlis lagi nihhhhh. Tour tak abis lagi. Aku nak makan kat tempat "jatuh lagi d`kenang". Aku pun ada "port" kat Perlis. Ramai member2 aku kat KANGAR, Arau, Pdng Besar and a few other places in Perlis. Aku nak skodeng segala bagai makanan di sana.

p/s : Ada seorg member aku (member se-Tae-Kwon-Doe dolu2 dari Kangar) cakap Chicken Chop kat Pokok Ceri Kangar (kalau tak salah aku kedai tu depan Taman Guru Jaya, Kangar) sgt sedap. Lamb chop pun ok. Harga pun murah sgt, RM7.00. Kira murah sgt la tu, kannzzzzzz. Aku nak try gak Koeyteow Pak Nan, Jejawi, Perlis. Sedap katanya. Kene try nihhhhhh. Lagi satu member aku suggest Road Side Burger kat Arau. Power kot burger tu mcm Burger King. Nanti kene try nihhhhh...masuk dlm agenda.


p/s : Semua ni dlm AGENDA DECEMBER 2009 yg aku dah plan. Makan2 Tour To Put-On Weight. Perghhhhh, tak tahan punyer agenda......hihihi.



10 comments:

Rashid said...

zymaaaa

wah bukan main jatuh hati dengan makanan.. tu belum sampai kat kelantan lagi. Kat kelantan makanan lagi kaw kaw..

Terserlah akan kebenaran hidup untuk makan bukan makan utk hidup.. hehe..

Zyma Saad said...

Cikgu Rashid......

Ya, betul....sy jatuh hati dgn makanan. Nanti sy buat tour ke Kelantan pulak. Dah lama tak pegi Kelantan nihhhhh. Nak cari BELUT goreng cili kering. Huhuhu....

Kahkahkah.....amvoiiiii Cikgu Rashid tuuuuu.....

;)

Tie said...

Ooo...kak tie pun suka onion rings tu.. biasa buat sendiri. Tapi belum sampai ke meja makan, dah tinggal separuh. Budak2 tu bawak lari dulu...

Tapi sekarang kak tie kena jaga makan, sebab perut dah mogok. Asyik keluar masuk tandas. Kalau ke hospital mesti dah kena tahan, tapi kak tie tak nak masuk wad.

Nanti tak selesa sebab kena kongsi tandas.... Lagipun tak suka orang datang melawat ketika sakit...malu laa.. terutama kes sakit sebegini, hehe...

Yunus Badawi said...

Kalau aku datang Alor Setaq ko jgn lupa bawak aku pegi makan2 taw. Tapi kueh teow kerang aku tak berapa nak jalan sbb aku tak suka kerang huhuhu

Yg lain tu aku sebat hehehe

maza said...

aduhaiiii.. terkenangkan kedai mamaklah pulak..

den poie dulu lah yo! huhuu

Zyma Saad said...

Kak Tie....

Nanti sy nak tempah Onion Rings buatan Akak la. Onion Rings Ganu mariii....sedap!!!!

Kelakar la Kak Tie ni. Aduhaiiii, kongsi toilet la pulak. Huhuhuhu.

;)

Zyma Saad said...

Yunus Badawi....

Alor Setar ni byk tempat makan yg best2 dan harga pun berpatutan. Ko jgn la asyik nak makan Laksa Kuala Kedah je......ko kene try makan kat Restoren Samudera kat Hutan Kampung ke, Restoren Rakok Jln Kuala Kedah ke, atau Restoren Tok Nadoq kat Tandop.

Restoren2 ni byk seafood yg best2.
;)

Zyma Saad said...

Kanda Maza....

Ekau terkonangkan kedai mamak yo. Den ghaso2 la kek kedai mamak tu mesti ado awek cun yg selalu amek order. Haaaaa, ekau jgn jatuh cinto la yo dongan awek tuuuu....
Huhuhuhu....

;)

Jard The Great said...

perghh.. hancur diet gue kalo makan mende2 neh.. ehehee

Zyma Saad said...

Jard The Great.....

Huhuhuhu......tgh diet ekkkk?
Pejamkan mata ko,Dik. Jgn tgk makanan yg sedap2 cenggitu...kang terbantut diet ko selama ni.
Amek bau dah le ye.....

;)