17.11.09

Baik Hatinya, Baik Budi Pekertinya, Cantik Rupanya, Cantik Imannya


Uols, ni aku ada sikit nak share ttg taukeh kedai emas permata tu.
Tadi 1st wife dia dtg jumpa aku. Agak2 uols, apa yg dia buat atau cakap kat aku sewaktu dia dtg kat aku??

T`kejut gak aku bila 1st wife dia dtg kat aku. Byk yg kitaorg bualkan. Antara yg kitaorg bualkan adalah suaminya nak meminang aku. T`kedu aku s`ketika. Nafas aku tak lepas. Nak nangis pun ada, nak lari jauh2 pun ada. Malu lagi la m`lebihi segalanya. 1st wife tu tanya aku b`berapa soalan peribadi.


1st Wife : Suami Akak dah suka kat kamu. Kamu mcm mana?

Aku : Tapi kenapa sy, Akak? Kenapa tidak org lain je?? Ini soal masa depan semua pihak, Akak.

1st Wife : Kalau dia suka wanita lain, Akak tak dtg jumpa kamu, Dik. Aku rela b`madu sbb suami Akak pun ada 2nd wife. Kamu sanggup b`kongsi?

Aku : Sy minta maaf sgt2, Akak. Sy hak org. Sy tak sangka suami Akak b`sungguh2 nak kan sy. Dia juga ada kirimkan seutas rantai dan seutas gelang kaki emas utk sy....tapi sy tak terima. Sy bukan mata duitan, Akak.

1st Wife : Akak pun tak sangka dia minta Akak dtg jumpa kamu sbb ni....nak nikah lagi satu. Mmg dia mampu dlm semua hal.....dlm byk perkara. Tapi Akak tak tahu mcm mana nak cakap kat dia yg kamu menolak pinangan ni.

Aku : Sy mohon maaf sgt2, Akak. Sy pun tak tahu yg suami Akak b`sungguh2 mahukan sy. Sy malu perkara ini b`laku.

1st Wife : Ntah la, Dik. Kalau kamu bukan milik s`siapa, Akak suka kamu jadi sebhgn daripada family kami. Akak kenal family kamu.

Aku : Sy faham. Tapi sy tak boleh buat apa2. Soal jodoh, ajal adalah keje Tuhan.

1st Wife : Mcm mana Akak nak cakap kat suami Akak ni, Dik??

Aku : Akak b`terus-terang dgn dia yg sy t`paksa menolak. Sy bukan utk dia, Kak. B`dosa jika sy khianati suami sy.



Hari ini aku betul2 rasa nak menangis sbb semua ni b`laku dlm hidup aku.
Hujan yg turun pun belum pasti dpt menyejukkan hati aku yg sedang lara ini. Aku harus kuat. Aku harus semangat. Jgn mudah kalah dgn risikan pinangan org kaya emas permata tu.

Dugaan apakah ini,oh Tuhan?? Aku mohon pada-Mu, Ya Tuhan, teguhkan iman ku ini. Tetapkan hati aku. Tak sanggup aku khianati cinta hubby aku.
Cian dia. Aku bukan jenis materialistik. Aku BUKAN jenis HADAP duit atau k`mewahan lelaki kaya. Cukuplah apa yg aku telah miliki asalkan hati dan hidup aku tenang dan bahagia.

Aku amat kagum dgn 1st wife tu. Baik sungguh hatinya....dia tidak menyerang aku m`babi buta. S`baliknya dia dtg dgn niat yg baik demi suaminya. Baik sungguh budi pekertinya......lembut bahasanya. Rupanya juga cantik dan anggun. Dan aku amat yakin dlm usia 1st wife ni (lebih kurang 40-an), pandai dia m`jaga peribadi dirinya, suami dan madunya. Hebat sungguh wanita ini.

Aku kagum.Dia sanggup luangkan masa dtg jumpa aku semata2 utk mengenali aku dan pinang aku utk suaminya. Aku menolak pinangan t`sebut demi k`setiaan ku pd Hubby ku. 1st wife tu pegang dan genggam erat tangan aku.......lagi la aku rasa syahdu dan sedih sbb dia seperti m`harap. Tapi hati aku menolak.



p/s : Bukan mudah hidup b`madu kalau hati lemah. Bukan senang nak m`jaga hati semua pihak jika kita sendiri tiada budi pekerti. Aku amat2 kagum dgn wanita t`sebut sbb dia seorg yg penyabar, b`budi bahasa, pandai m`jaga nama suaminya, m`hormati hak madunya, b`kerjaya hebat dan cantik imannya.

23 comments:

Tie said...

Huh ! macam drama pulak !

Beruntungnya husband dia tu.. ada wife sebaik itu. Bahagianya hidupnya mendapat keredhaan Allah.

Mungkin suaminya pun orang yang baik-baik. Maka terdidiklah isterinya dengan cara terbaik. Lalu dia tidak merasa tamak dan sudi berkongsi kasih dengan madunya.

Syah Shah said...

eh apakah? perbuatannya itu serupa macam mahu meruntuhkan sebuah masjid, lalu membina sebuah masjid baru di atas runtuhan itu... tak patut...

lelaki itu berfikir guna akal atau nafsu?

Mak Su said...

wowwww

ckLah @xiiinam said...

....errrr....nak komen apa ya?

julietchun said...

hanya jauhari kenal manikam

Bro Framestone said...

ops kamu sudah berkahwin ke belum ek...sorry bro cam blur blur di sini

www.broframestone.com

maza said...

uiks.. tak sangka buah nangka jadi cempedak.. huhuhu

tak da ka awek2 cun yg minat kat maza lak, kanzzz? wink!wink!wink!

hehehehe

Unknown said...

zyma

bukan semua orang boleh melakukan begitu

apa pun bersyukur dengan yang sedia ada

mudahan kita diberi petunjuk dalam setiap pekerjaan

Yunus Badawi said...

Org mcm inilah yg layak mendapat payung emas.

Dia tak tahu ke awak dah ada suami?

Saya rasa awak pun ada kelebihan awak sendiri sehingga tauke emas tu beria2 nak meminang awak. Syabas!

Catwoman said...

Akak Tie...

Drama swasta musim hujan dan banjir. Huhuhuhu...... :)

Ntah la,Kak Tie. Sy ni bukan jenis yg mudah m`khianati sesiapa pun. Hidup sy ada prinsip. Sy tak suka mengkhianati sesiapa pun DAN sy juga tak suka dikhianati.

Sy ni kekadang pegi keje sorang2, hubby pulak keje di Sintok (UUM).
Sbb tu org selalu fikir sy ni still single. Huhuhuhu.....

:)

Catwoman said...

Syah Shah.....

Lelaki tu tak tahu status Akak, Sayang. Akak pun tak salahkan dia.

Kalau Akak single, of course, Akak terima org sebaik lelaki kaya emas permata 2. Wakakakaka.......

:)

Catwoman said...

Mak Su....

Phewittttttt......

;)

Catwoman said...

xiiinam a.k.a CkLah.....

Komen yg tak boleh blahhhh....
Hahahahaha....


**Best tak pegi buat facial treatment ari tu?? Nak buat gak laaaa.....

Catwoman said...

Julietchun.....

Manikam tu bukan nama bopren ko ke,Sayang??
Huhuhuhuu....


**Betul cakap ko. Hanya Jauhari kenal manikam. ;)

Catwoman said...

Bro. Framestone.....

Sudah lama tak dtg sini. Baru nak kelibat Bro. Huhuhuhu....

I`m married. Yes, yes, yes... married. Jgn blur-blur lagi ye.
That`s why sy refused pinangan lelaki kaya emas permata tu,Bro.

:)

Catwoman said...

Kanda Maza....

Den dan Kak tie minat kek ekau, boleh?? Wakakakaka.....

;)

Catwoman said...

Kak Izan....

1st wife lelaki kaya emas permata tu mmg baik,Kak. Malah dia terlalu berbudi bahasa. Susah nak jumpa org kaya mcm diaorg ni yg miliki budi bahasa yg amat tinggi.

Mudah2an diaorg tu selalu dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Sy tak jadi madunya pun takpe... tapi sy masih boleh berkawan dgn the 1st wife utk urusan bisnes emas. Trading.

Catwoman said...

Yunus Badawi a.k.a YB...

Wanita sebaik itu layak menerima segala yg baik2 dari ALLAH.

Kita doakan yg terbaik utk diaorg.

Sy ni manusia yg serba kekurangan, YB. Takde kuasa utk mengubah sesuatu ciptaan Tuhan. Sy ni masih lagi mencari2 dan belajar ilmu agama utk hidup.

:)

en_me said...

payung emas tewwww.. ehehe

Catwoman said...

en_me....

Long time no see you la.

Payung emas yg asli tau.
:)

~Cinta Cukulet~ said...

harta benda tak dapat membeli cinta..huhu :)

Catwoman said...

Cinta Cukulet....

Ya betul tu. Harta benda tak boleh beli cinta DAN kasih sayang.

:)

LadyBird said...

Bestnye dapat hadiah rantai emas.. :D.. hehehe.. aku putri, putri ambik jerk.. kih3x.. Tapi nak bermadu.. insyaAllah tak kot..

tabahnye isteri taukeh emas tu ek.. bukan senang nak dpt wanita macam tu.. pemilik payung emas di akhirat kelak. :)..