27.7.08

Buat Hubby ku......

Hubby....
Ayang cuba mengerti diri mu....
Ayang belajar untuk mengenal langkah mu

Hubby....
Jika Ayang tersilap...
Didiklah agar tiada lagi kesilapan itu....
Nasihati ku...

Hubby.....
Ayang terlalu sayangkan mu...
Ayang amat mencintai mu....
Seawal kita kenal....
Hingga kini...
Ayang mencintai mu.....

Namun di sudut hati ku.....
Ayang juga terluka bila dituding merampas kasih mu...
Ayang telah cuba memaafkan mereka yang menyalahkan ku....
Hati ku masih menangis....
Ku cuba sapukan air mata itu....
namun masih membasahi pipiku di kala malam hari....

Hubby....
Ayang cuba sembunyikan perasaan itu...
Allah Maha Mengetahui hati ku.....
Ku tidak pantas mengatasi air mata ku....

Hubby.....
Ayang membawa diri tempoh hari
Kerna hati ku tidak sekuat untuk membuat ku tersenyum kembali
Ku tipu diri sendiri tentang kebahagiaan hati ku....
Ku dustai hati ku sendiri.....

Hubby....
Ayang tidak mampu lagi menipu diri sendiri
Tentang kesedihan di hati ini........
Ku sayangkan mu.....
Tapi kasih mu berbagi...
Apakah di hati mu masih ada ku.....




"Hubby, Ayg tunggu mu. Ayg menanti mu dengan kesetiaan ku. Ayg ingin kita semua berdamai & bahagia. Ayg tidak mahu ada di antara kita semua terluka lagi. Ayg akan cuba atasi perasaan negatif itu agar kita semua bahagia tanpa sengketa."

7.7.08

Bicara sepi hati ku....



Tuhan....
Tenang aku bicara pada-Mu....
Jujur aku mengakui kesilapan diriku...
Sabar aku lalui titip-titip perjalanan hidup ku

Tuhan....
Aku tersenyum apabila terlihat ciptaan-Mu
Bahagia hati ku melihat keindahan bumi-Mu
Senang aku melihat betapa luasnya langit biru-Mu
Sejuk pandangan ku kala melihat pemandangan menghijau
Hati ku berbisik sepi...
Alhamdulillah...
Aku masih diberi peluang
Peluang untuk merasai ciptaan indah Maha Kaya

Tuhan...
Jauhi hati ku dari perasaan berburuk sangka
Kerna ku masih mahu kenal apa itu erti kehidupan
Perjalanan hidup ku amat singkat
Kerna telah tertulis takdir buat ku
Aku hanya sekejap di sini....

Andai masih ada peluang buat ku
Aku pilih untuk bahagia..
Ya Tuhan, aku mohon...
Ku mohon untuk meniti rasa bahagia itu..

Amin..

6.7.08

Maaf andai terlanjur berbicara....


Hmmmmm....

Aku menerima msg dlm blog yg berbunyi seperti dendam....& ugutan dari seseorang.
Namun aku tidak cemas atau gentar. Aku cool je. Buat apa aku nak melatah atau melenting dengan kata-kata bodoh dari orang yg tengah marah atau mungkin jiwanya terganggu.Dalam erti kata lain, sakit jiwa.

Bagi aku....memaafkan & meminta maaf adalah lebih mulia dari menegakkan benang yg basah. Aku mengalah tidak bererti aku telah gugur sebelum berjuang.

Aku sentiasa memaafkan semua orang yg berdendam atau membenci aku. Tak jadi masalah bagi ku untuk memaafkan orang yang tengah hangat marah.

Aku akui aku juga melakukan kekhilafan....semua orang melakukan kekhilafan. Allah s.w.t pandang kita sama sahaja....tiada beza. Yang membezakan adalah hati.

Walau sejujur mana pun kita mengakui tentang keikhlasan kita....tapi, jika hati kita berdendam....itu telah membuktikan bahawa keimanan & ketaqwaan di jiwa kita belum cukup kuat.

Oleh itu, bagi aku biarlah apa orang nak cakap & hina aku. Itu lumrah alam. Aku sentiasa menjadi diri aku sendiri. Hanya yang kenal aku sahaja tahu akan hati aku. Aku sedih apabila orang yang bijak pandai mengeluarkan kata-kata durjana. Bagaimana generasi akan datang nak respect diri kita andai kita sendiri tidak bijak berkomunikasi di antara satu sama lain?? Fikir2kan lah.

Apa pun, aku sentiasa ingin jadi pemaaf.....dan aku akan sentiasa memaafkan orang. Aku tak pandai berdendam...jauh sekali nak porak-perandakan kehidupan sesiapa pun. Bukanlah perkara BODOH jika kita sebagai umat Nabi Muhammad menjadi PEMAAF dan menjauhi sifat PENDENDAM. Orang-orang tua pernah berbicara pesan: Jangan angkat diri bimbang dipandang rendah dari tapak kaki.Maksudnya : Untuk apa kita berasa hebat sedangkan kelemahan diri kita terserlah terlihat oleh semua orang.



"Tuhan.....
Andai aku yang bersalah...
Maafi aku...
Andai aku terlanjur berbicara hingga ada yang terasa kerana aku...
Ampuni aku...
Aku mohon jauhi aku dari sifat berburuk sangka.
Amin .....

Majlis Tilawah Al-Quran

Sana-sini aku tengok banner Majlis Tilawah Al-Quran digantung.
Majlis tersebut akan diadakan pada 7 - 11 Julai 2008 di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

Hubby pernah beritahu aku tentang Majlis tersebut. Dia terlibat dalam acara Majlis tu. Aku faham akan keje Hubby aku. Sebab tu aku tak nak ganggu keje dia. Kadang2 kesian aku tengok Hubby. Terkejar sana, terkejar sini.

Bagus la Majlis seumpama itu diadakan bagi mengembalikan kesedaran semua orang tentang pentingnya Al-Quran.



"Semoga Hubby berjaya lagi ye. Zyma doakan akan kejayaan mu,Hubby."
Dulu aku pernah ikut Hubby ke Pertandingan Nasyid di Kompleks Membeli-Belah Pacific pada tahun 2006. Hubby call suruh aku datang tengok cara-cara dia mengendalikan majlis tersebut. Hubby jadi Juri di Majlis tersebut.Aku tengok dia buat keje dari jauh sebab aku tak nak tumpang "tuah".Biarlah Hubby seorang yang dikenali orang. Aku beri sokongan dari belakang.

5.7.08

Buat tetamu misteri ku......



Well...well...well

Aku hairan.....
Sebenarnyer blog aku ni seringkali & masih lagi dikunjungi oleh seorang "tetamu wanita" dari ,Kangar,PERLIS. Wanita ni tetap setia mengunjungi blog aku. Aku tahu. Dia juga blogger. Nama dia atau alamat BLOGnya....tak perlulah aku kasi tahu. Aku bukan jenis ZALIM nak memalukan orang....tak tahu la jika wanita tersebut suka dimalukan.

Aku tahu wanita tersebut ingin tahu tentang aku & kehidupanku. Hmmmmm, dia tidak jemu untuk "menceroboh" blog aku ini. Hmmmmm, OK. It`s FINE with me!!

Aku tahu NIAT di hati wanita yang berumur hampir 40an tu.Dia ingin mengetahui hubungan aku dengan seseorang (tak perlu aku MENTION nama nya).Tapi, aku tetap memaafkan dia.

Dulu aku dah kasi "WARNING" kat wanita tu....a few days ago. Hmmmmm, tak makan "saman". Apa pun, bagi aku....biarlah dengan wanita tersebut. Isi hatinya..aku tak tahu. Tapi, Allah tahu.

Satu sahaja aku minta dari wanita tersebut. "Kita ni sama2 bersaudara seagama & wanita. Tak perlu takut apa2. Tak salah untuk kita berkongsi kasih sayang & cinta di bumi ALLAH yang indah ini." Tak perlulah aku menasihati wanita tersebut dengan panjang lebar kerana dia dah terlalu dewasa untuk guna akal nya.

Aku dah terlalu menjaga hati wanita tersebut. Namun, aku akan terus menjaga hatinya. Sebab aku BUKAN ZALIM!!!

Yang lepas...biarkan ianya berlalu. Aku dah lama memaafkan wanita tersebut.


Kata-kata nasihat dari ku:

"Aku bukanlah sekejam yang anda fikirin,Sis. Aku tahu niat di hati mu ingin mengetahui perihal hidup aku. Jika itu amat penting buat mu, Sis.....tergantung pada niat di hati mu sendiri. Aku tidak dapat meramalkan soal hati manusia....termasuk juga isi hati mu, Sis. Itu pastinya tugas Dia....bukan tugas kita untuk menilai perihal hati sesiapa pun. Jadinya, aku mohon, jangan terus lagi memasuki blog ini jika anda tidak ingin terus terluka di hati dengan tulisan2 aku tentang kehidupan aku setiap hari. Aku juga manusia normal seperti anda, Sis. Ingin dicintai....ingin disayangi. Buanglah rasa dendam yang terlubuk hati mu, Sis. Biarkan ianya berlalu pergi. Setiap manusia di bumi Allah ini perlukan sokongan di antara satu sama lain. Begitu juga dengan aku, Sis. Aku rasa terpaksa berkata begini,Sis. Maafi aku,Sis. Wassalam."