28.3.10

Talkin Kematian Buat Diri Ku

Bismillah hir rah man nir rahim.

Maha Suci Allah yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (Zyma) Bin (K.F), wahai (Zyma) Bin (K.F),wahai (Zyma) Bin (K.F), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (Zyma) Bin (K.F), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (Zyma) Bin (K.F), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".


Wahai (Zyma) Bin (K.F) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (Zyma) Bin (K.F), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...

"Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw : "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"




**Ya Allah, betapa lalainya aku selama hidup aku ini. Betapa jauhnya diri aku dari-Mu walau aku cuba m`dekati-Mu dgn solat ku, puasa ku, amal jariah ku........

p/s : Di mana agaknya tempat ku di sana nanti......hmmmm, ntah la. Masih byk ilmu yg aku perlu cari utk tebalkan iman di dada ku.

p/s : Ingat-m`ingati, pesan-memesan s`sama kita.......

16 comments:

blueCITY® said...

salam zyma darling,
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tadi i dah taip punya la panjang
time nak publish hang la pulak
dan line off
hukhuk..
mencii...

i ambik yg ujung2 je la erk
heeeeeee..

zyma,
thanx share pesanan ini
meremang bulu roma i baca
takut dan kerdilnya kita
dibumi ini
tapi
kita punya pilihan
mahu dekat atau jauh..
semoga kita sama2 kejalan yg benar
bukan jalan yg salah..
amin

zyma darling
i lap u too

xoxo

ONE ZABA said...

terima kasih atas ingatan dan pesanan....

Catwoman said...

blueCITY......

Salam 2 u 2,Biru Deary....
Huhuhuhu, apalah agaknya yg u karangkan sampai boleh "hang" dan terus "line-off" ekkkk????

:)

Biru.....
I pernah m`lalui detik2 getir suatu masa dahulu.B`tarung nyawa dgn suatu k`sakitan yg amat.

I sangka nyawa I umpama "nyawa2 ikan" masa tu....

Tapi my family tak putus2 m`baca Quran dan minta pd ALLAH supaya panjangkan nyawa I....

I ni Leukimea survivor, Biru....

I mmg serah bulat2 nyawa I kat ALLAH......

Alhamdulillah, I masih d`beri peluang & ruang utk terus hidup....
Dan I masih d`beri peluang utk m`miliki zuriat yg ke-2.....
I lawan k`sakitan tu utk terus hidup demi my family....

I love you, three.....hihihihi

:)

Catwoman said...

Cik One Z....

Sama2 kita pesan-memesan, ingat-m`ingati, Insya Allah.

Dari Allah kita dtg, kepada-Nya juga kita kembali....

:)

zan-xray said...

Sebab tu la kita digalakkan mengiringi jenazah sampai ke kubur.
dengar talkin.
untuk menginsafkan diri bahawa semua kita akan mati.
Kalau esok lusa tiada khabar berita berpanjangan anngaplah aku sudah tiada ya zyma :-(
"Separuh Nyawaku Pergi""

maza said...

aderk...

harap2 ini dapat berikan kesyumulan iman, dan terus tekal di dlm hati...

amennnn

xiiinam said...

Zyma......







Karya yang bagus ni Zyma......




Alhamdulillah...terima kasih...

DUN Behrang 2020 said...

Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai 'ruang' untuk saling ingat mengingati...

mancai said...

huhuhu.. tegak bulu roma baca entry ari ni... tq2 kesedaran minda yang terbaik ni...

Catwoman said...

Zan-xray.....

Dari Dia kita dtg, kpd-Nya juga kita kembali....

:)

Catwoman said...

Kanda Maza.....

Insya Allah. Sama2 lah kita muhassabah diri...

Dari Dia kita dtg, kpd-Nya juga kita kembali.

:)

Catwoman said...

xiiinam a.k.a CkLah....

Sy copy & paste je....ntah dari blog siapa ntah. Tak ingat..

Dari Dia kita dtg, kpd-Nya juga kita kembali.

:)

Catwoman said...

DUN Behrang 2020.....

Insya Allah, itulah harapan semua kita, Cik DUN.

:)

Catwoman said...

Mancai.....

Sama2 la kita muhassabah diri dan mencari ruang & peluang utk berubah ke jln yg diredhai-Nya.
Insya Allah.

:)

Khairi said...

masyaALlah, talkin untuk diri sendiri. Senyumlah awak, insyaAllah, mati itu pula ke taman. :)

Syurga = jannah = taman.

Life is good.


Life after life is way better.

Catwoman said...

Khairi......

Ini sekadar peringatan utk diri sy agar tidak lalai....

:)