22.8.09

Jangan Derhaka Kepada Ibu....



Aku ingin share dgn uols ttg kasih seorg insan yg b`nama ibu dan anaknya yg derhaka di bulan Ramadhan.

Hari ni adalah 1 Ramadhan 1430H, hari pertama bg semua umat Islam di dunia m`jalani ibadah puasa. Selamat b`puasa ye utk uols. :)

Aku sebenarnya sedih dgn apa yg aku lihat dan dengar petang tadi. Suatu perkara yg tak patut seorg anak memarahi ibunya. Hanya kerana si ibu menegur anaknya yg b`buat k`salahan, si anak t`sebut b`dendam dgn ibunya sepanjang m`jalani ibadah puasa.

Kisahnya cenggini, sewaktu b`buka puasa, si anak dgn bengisnya m`marahi ibu yg baru m`jamah sedikit manisan dan air. Si anak telah m`buatkan hati ibunya sedih, b`kecil hati dan merajuk. Si ibu meninggalkan meja makan t`sebut dgn k`sedihan dan terus m`ambil wudhuk utk b`solat Maghrib. Sesudah solat Maghrib, si ibu terus keluar pergi ke surau tanpa b`cakap sepatah kata. Betapa hati si ibu t`guris. Hanya sbb si ibu pernah tegur si anak kerana buat salah, hati si ibu telah t`guris dgn k`biadapan anaknya itu... tambahan di hadapan rezeki 1 Ramadhan.

Aku pun tak faham kenapa si anak t`sebut perlu m`marahi ibunya yg sudah tua itu. Sedangkan si ibu telah byk b`korban sedari si anak dalam kandungannya hinggalah besar panjang. Si ibu tatang si anak dgn penuh belaian dan kasih sayang yg m`curah2. si ibu tidak pernah sesekali m`jentik tubuh badan anaknya. tapi, apabila sudah besar,si anak lupa pengorbanan ibunya yg telah byk b`korban siang dan malam tanpa kenal penat dan lelah.

Tidak bau syurga bagi anak yg m`derhakai ibunya itu. Sesungguhnya tiada k`berkatan dlm hidup andai hati ibu telah t`guris dgn patah bicara yg menusuk parah hati ibu. Jauh sekali utk m`dapat k`redhaan dari ALLAH, yg sesungguhnya Maha Berkuasa.

Jgn pernah lukai hati ibu kita sekalipun ibu kita itu suka m`bebel atau b`leter.
Sbb sayang, ibu kita m`bebel. Sbb kasih, ibu kita b`leter. Itu tandanya ibu kita m`ambil berat ttg hidup kita. S`buruk mana pun, ibu tetap ibu. S`busuk mana pun, ibu tetap ibu. Dan s`jahat mana pun, IBU adalah IBU. Walau sebesar biji sawi, jgn pernah sekali kita m`derhakai ibu.....insan yg mengandung dan m`lahirkan kita di dunia ini.

Si anak t`sebut kini tiada k`tenangan di dlm jiwanya sbb si ibu masih belum mahu m`maafkannya. Si ibu ingin m`ajar anaknya utk m`hormati ibunya. Aku pun tak pasti apakah k`sudahan antara si ibu dan si anak ini.

Aku b`doa si ibu m`ampunkan anaknya itu. Dan aku b`harap si anak t`sebut insaf dan m`minta maaf kpd ibunya. Semoga keadaan yg tegang itu m`jadi tenang,Insya Allah. Amin.


** JANGAN PERNAH LUKAI HATI IBU KERANA SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. KERANA IBU JUGA, KITA MASIH DAPAT MELIHAT DUNIA INI. **

6 comments:

Tirana said...

Zyma,

Anak-anak sekarang kurang pandai berinteraksi dengan ibu. Kalaupun ada perkara yang kita tak sehaluan dengan ibu, itu tidak bermakna kita boleh berkasar dan berkeras dengannya. Bercakap dengan cara berhemah agar hati ibu tidak terguris.


p/s Kak tirana sihat, alhamdulillah.. Maaf, lama tak masuk sini. Sibuk sikit sejak dua tiga hari ni..

Tie said...

Setengah orang berpendapat anak biadap kerana ibunya tidak mendidiknya dengan sempurna. Tetapi ramai ibu2 yang telah berusaha yang terbaik untuk anak2 mereka. Dugaan mempunyai anak yang sebegini sungguh berat untuk diterima. Moga2 ibu2 tabah dan tidak putus asa berdoa.

Zyma Saad said...

Akak Tirana....

Zaman skrg byk anak2 telah m`jadi Si Tanggang. Biadap kat ibubapa.
Sy setuju dgn Akak Tirana.

**Takpe,yg penting Akak sihat ekkk. Selamat m`jalani ibadah puasa,Akak. :)

Zyma Saad said...

Akak Tie....

Semua ibu mahukan anak2 yg baik. Ibu2 telah b`usaha m`didik anak2 m`jadi pandai. Sedih tau bila anak2 kita b`kurang ajar.

Kak Long Mawar Merah said...

Sedih kan?
Entah mengapa, sekarang ini, ramai ibu bapa yang terpaksa menjaga hati anak lebih daripada anak-anak menjaga hati mereka.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Zyma Saad said...

Kak Long....

Jgn la kita jadi Si Tanggang, anak derhaka.
Cian kat ibu kita tau...
:) Selamat berpuasa utk Kak Long jugak.