10.5.10

No Man Is Perfect

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata “NO MAN IS PERFECT”.


Click here to read more

18 comments:

Syah Shah said...

betullah tu kan? kekadang bila kita bercerita masalah menimpa, kita harap orang bagi nasihat yang sama dengan apa yang kita fikir nak lakukan... hohohohoh :D :D

itu masalahnya bila menganggap perkahwinan adalah suatu penyelesaian terhadap sebuah perhubungan... It ends there... Perkahwinan bukan suatu penyelesaian... Ia adalah lanjutan perjalanan hidup yang dikongsi bersama setelah bersendirian sebelum ini... If you don't work to make it work, then it will never works.

julietchun said...

Selagi suami masih menjalankan tanggungjawab kenapa harus cari kebahagian lain yang tak pasti.

maza said...

no man no cry! kanzzz

huhuhuhu

kena berhati waja ni. huhuhu

KTS said...

yup... agree.. no man is perfect..


.
.


aku memang tak sempurna

.
.

:D

tunbegia said...

tapi cinta tak semestinya bersatu kanns, mungkin ber2, 3 atau 4, kahhh

salamm,

Catwoman said...

Syah Shah....

Ada yg kita perlu b`kongsi dgn org lain utk kurangkan tekanan. Dan ada juga yg kita tak perlu b`kongsi demi m`jaga aib kita dan pasangan kita, Sayang.

P`kahwianan adalah suatu ikatan yg suci dan halal. Pelihara elok2 ikatan yg suci dan halal itu.

:)

Catwoman said...

Julietchun....

Betul tu, Sayang.
Suami / Isteri adalah pasangan yg telah d`takdirkan utk kita.
ALLAH telah m`aturkan segalanya utk kita....kita pula wajarlah menerima dan menunaikan tanggungjwb kpd dia (suami atau isteri).

:)

Catwoman said...

Kanda Maza....

Errkkkk, itu mcm lagu BOB MARLEY je.....suka lagu tu ekkkk???
Huhuhuhu.....

Semua kita wajar b`hati waja...

:)

Catwoman said...

KTS....

Begitu juga dgn aku, Sayang.
Aku pun tak sempurna....ada cacat cela sana sini.

:)

Catwoman said...

tunbegia a.k.a TB...

Cinta biar satu.
Kasih biar seribu.....gitu boleh??
Wakakakakaka....

:)

CITY® said...

salam zyma darling...
hmmmm
saya ada sejarah yg nak kata pahit kelat ke apa, ntah
saya pun dah tak tahu apa rasa
yg pasti saya tak rasa apa2
kosong....
blank

btw...
tq for sharing

Catwoman said...

blueCITY.....

W`salam Biru....

Bykkan sabar ye...
Ingatlah, kita ada ALLAH yg selalu menyayangi kita....
B`lindunglah pd-Nya sbb hanya Dia yg Maha M`lindungi dan Maha Menyayangi kita, Biru....

Jgn sampai takde rasa dlm k`hidupan ni. You kene biarkan ianya b`lalu pegi dan mulakan k`manisan dlm hidup.

Ini s`bhgn drpd ujian utk kita....
Kene redha....

You takee care ye, Biru...

:)

ckLah @xiiinam said...

Sampai ke hujung nyaa, kita sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan pasanga yang telah ditentukan. Moga bahagia tetap menjadi penyudah cerita!

mancai said...

huhuhu...asam garam rumah tangga... cuma pandai2lah jaga dan bawak diri... kadang laki dah ok pempuan lak tak ok... kadang laki pempuan ok anak lak wat hal... tangani dengan akal fikiran yang waras... sekadar pendapat

Catwoman said...

xiiinam a.k.a CkLah....

Itulah harapan semua kita...happy ending!!!

:)

Catwoman said...

mancai....

Mcm2 ado, kan....
Semoga kita d`lindungi hendaknya..
Insya Allah.

:)

tasekM said...

true...

Catwoman said...

tasekM....

Yes....it`s true.

:)