Tengok p`mandangan kat atas ni pun dah buat aku tak sabar nak balik "kampung yg tak berapa kampung" tu. Aku takde kampung sebenarnya...... dlm erti kata lain "kampung" tok aku tu tak berapa nak kampung......kiranya separa bandar la.
Tapi aku masih dapat tumpang "kasih syg" balik kampung b`sama b`berapa adik ipar Mama ku yg datang dari kampung. Boleh tengok telaga buruk, sawah padi, kolam ikan keli, pokok jambu mawar dan segala bagai. Best kan.......
Hari Sabtu ni, 19 Sept. 2009, rombongan Cik Kiah ala2 konvoi gitu dari segenap pelusuk yg t`dapat di M`sia ni akan balik ke "kampung yg tak berapa kampung" tok aku. Siapa mereka itu?
Ni senarai rombongan yg nak balik kampung:
- Rombongan Pak Ngah Ku Am dan family (7 beranak) dari JayBee.
- Rombongan Pak Su Ku Achin dan family (7 beranak) dari Penang.
- Rombongan Mak Usu Ku Ijah dan family (3 beranak) dari Skudai.
- Rombongan Mak Njang Ku Arom, Mak Teh Ku Sue, adik aku (Zyra yg praktikal di Hangar Subang Airport), Edi (cousin ku dari UIAM) dan Ku Aina (cousin ku dari UPM) - 5 org. B`tolak dari Wangsa Maju,KL - yakni rumah Mak Njang Ku Arom.
- Rombongan Pak Chik Ku Nan dan family (4 beranak) dari Sg. Petani, Kedah.
- Rombongan Pak Tam Ku Man dan family (8 beranak) dari Lenggong, Perak.
The rest, dok dekat Kedah t`masuk la aku ni. Semua diaorg ni akan b`kampung di "kampung yg tak berapa kampung" tok aku selama seminggu. Diaorg ni adalah adik2 Mama aku (11 beradik k`semuanya - The Ku`s Family). Mama yg sulong....10 org adik2nya semua b`jaya masuk Universiti dan semua keje besor2. Duit raya besor tak nanti??? Hihihihi.....
So, ini b`makna aku ada hampir 50 org sepupu sepapat (tak dpt la aku nak senarai kat dlm sini.....uols jenuh m`hafal nama diaorg). Bila gather ramai2 cenggini, mmg meriah suasana alam sekitar d`buatnyer. Best tauuu..... kekadang time makan, kene masak byk2 mcm kenduri kahwin gituuuu. Bila tgk TV ramai2.......meriah mcm tgk bola kat stadium.
p/s : Nanti ada org kene jadi tukang pantau mercun dan bunga api. Siapa la gamaknya tu?? Aku takmo......turn aku dah b`lalu b`berapa tahun yg lalu. Dah letih pantau mercun dan bunga api kat rumah tok aku masa Hari Raya.
***********************************************************************
Tadi aku b`sms dgn cousin aku, Ku Farah.
Sms dari aku utk Ku Farah : "Bila uols nak balik Kedah? Tak sabar nak tgk baju raya, kuih raya, DUIT RAYA."
Ku Farah reply : " Sabtu pagi, sesudah sahur. Tunggu kitaorg sampai Kedah tau."
Aku sms lagi : "Bestnyerrrr, dah lama kita tak jumpa kan. Hati2 on the road nanti balik Kedah ye."
Ku Farah : "Insya Allah. Doakan kitaorg semua selamat sampai, ok."
**UOLS, HATI2 MEMANDU KETE TAU. JGN T`GOPOH-GAPAH SBB NAK CEPAT SAMPAI. BAHAYA TU. INGATLAH PADA YG T`SAYANG."
6 comments:
hui meriahnyaa... heheheheh
kalu kitorang balik Semanggol, adik beradik ayah ramailaa... Tapi sebab masing-masing dah ada anak menantu dan cucu sendiri, jadi ayah macam segan sikit nak balik, nanti diorang punya anak menantu pulak tak cukup tempat nak tido pasal kami menumpang... hihihihih :P :P
meriahnya,berapa ekor ayam tumbang utk rendang tu?
wow.. bestnye kak balik raya.. selamat hari raya buat akak sekeluarga dari mar.. maaf zahir dan batin..
Syah Shah.....
Mmg meriah.....mcm kenduri kahwin klu buat family gathering.
Hihihihi....
:)
Julietchun....
Ayam yg ditumbangkan terlalu byk....biasanya bapa saudara2 yg sembelih ayam sendiri. Baru meriah...
:)
Ungu Violet.....
Mmg best bila dpt beraya beramai2.
Selamat berhari raya 2 u 2,Mar.
Take care ye.
Ceria2 di hari lebaran nnti. :)
Post a Comment