Tempoh hari,aku telah diganggu dek seseorang yang mengalami masalah jiwa.
Aku dah lupa tentang dia...malas nak fikir.
Aku tetap memaafkan dia. Aku telah berjanji tidak akan membalas kejahatan untuk kejahatan yang dia lakukan terhadap aku. Aku tidak pernah berhenti berdoa agar hidup ku bahagia.
1) Tadi aku dapat good news - aku kena make-up pengantin 3 hari berturut-turut. Wahhh, nampaknya seni make-up aku diterima baik oleh orang ramai.Hati aku senang sangat.
2) Then, masa balik rumah tadi, aku terjumpa adik angkat ku (Anna). Tak sangka dapat bertemu kembali adik angkat yang telah lama aku cari & rindui. Semakin cantik si Anna ni. Dia masih seperti dulu. Semasa dia menyapa aku, Si Anna memeluk aku dengan erat....sama seperti dulu. Dia masih ingat pada ku. Begitu juga dengan aku. Sayang ku pada Si Anna ni begitu kuat seperti menyayangi adik kandung sendiri. Kami sempat bertukar2 nombor handphone.
Anna sempat memuji aku :"Akak Zyma ni masih manis macam dulu.Tak pernah berubah,suka senyum, ketawa, lemah lembut.Sebab tu Anna sayang kat Akak Zyma."
Balas ku : "Mana ade.Dulu lain, sekarang lain sikit.Akak happy sangat dapat jumpa Anna.Dah semakin berubah adik Akak yg seorang ni ye. Semakin cantik."
Dia hanya tersenyum malu. Dia memeluk aku sekali lagi sebelum beredar.
**Tak rugi berbuat baik dengan orang.Rezeki pun berlipat ganda.**
2 comments:
Buat baik balas baik tapi ada juga buat baik balas jahat...jangan pulak balas dendam
**denaihati** - Kita x dpt m`duga soal hati manusia,hanya Allah yg mengetahui hitam putih hati hamba2-Nya. Biarlah,dengan orang sebegitu,jgn kita tumpang jadi mcm dia,sudah.
Post a Comment