30.3.09

Berbuat Baik Dibalas Baik.....

Tempoh hari,aku telah diganggu dek seseorang yang mengalami masalah jiwa.
Aku dah lupa tentang dia...malas nak fikir.
Aku tetap memaafkan dia. Aku telah berjanji tidak akan membalas kejahatan untuk kejahatan yang dia lakukan terhadap aku. Aku tidak pernah berhenti berdoa agar hidup ku bahagia.

1) Tadi aku dapat good news - aku kena make-up pengantin 3 hari berturut-turut. Wahhh, nampaknya seni make-up aku diterima baik oleh orang ramai.Hati aku senang sangat.

2) Then, masa balik rumah tadi, aku terjumpa adik angkat ku (Anna). Tak sangka dapat bertemu kembali adik angkat yang telah lama aku cari & rindui. Semakin cantik si Anna ni. Dia masih seperti dulu. Semasa dia menyapa aku, Si Anna memeluk aku dengan erat....sama seperti dulu. Dia masih ingat pada ku. Begitu juga dengan aku. Sayang ku pada Si Anna ni begitu kuat seperti menyayangi adik kandung sendiri. Kami sempat bertukar2 nombor handphone.

Anna sempat memuji aku :"Akak Zyma ni masih manis macam dulu.Tak pernah berubah,suka senyum, ketawa, lemah lembut.Sebab tu Anna sayang kat Akak Zyma."

Balas ku : "Mana ade.Dulu lain, sekarang lain sikit.Akak happy sangat dapat jumpa Anna.Dah semakin berubah adik Akak yg seorang ni ye. Semakin cantik."

Dia hanya tersenyum malu. Dia memeluk aku sekali lagi sebelum beredar.


**Tak rugi berbuat baik dengan orang.Rezeki pun berlipat ganda.**

27.3.09

I know what you did......

Sehari dua ni ada seseorang yang memasuki blog aku & mengecam aku.
Sengaja aku rahsiakan nama tetamu tu....
Malah IP dia pun aku dah trace.....
Dia ni sebenarnya blogger dari Kangar,Perlis.
Jantinanya...Perempuan.
Umur lak dah nak masuk senja....

Dia ni sebenarnya mengalami masalah tekanan jiwa. Cuma aku malas nak entertain orang
macam dia ni. Aku nak tengok rentak dia....next and next and next.
Dia juga telah memburukkan kedua orang tua ku...
Dia marahkan aku...dendam kat aku....
Tapi,dia busukkan nama orang tua ku.....

Dan aku telah pun memaklumkan tentang ini kepada pihak polis atas nasihat beberapa orang yang boleh aku percayai untuk keselamatan ahli keluarga aku & diri ku sendiri.
Jika dia masih berterusan mengganggu keluarga ku, kemungkinan besar dia akan kehilangan keje.
Adakah dengan mengganggu ahli keluarga ku, dia akan bahagia di jiwa? Aku tidak
pasti. Namun,seingat aku jika orang berhati hitam begini pasti sentiasa tidak senang di jiwa.

Diterjah lagi.....

Hmmmmmm......
Aku baru je buka blog ni,tetiba aku terbaca ada "pesanan berbau ugutan" dari Kangar, Perlis.
Aku tak terkejut dengan "pesanan berbau ugutan" dari pesakit jiwa tahap kronik.

Aku ignore je....
Masakan nak layan orang sakit jiwa.Banyak lagi tugasan yang aku nak settle.
Atas nasihat pelbagai pihak supaya ignore je orang yang merbahaya macam ni.Jangan layan nanti semakin menjadi-jadi. Biarlah dia sakit jiwa seorang diri, jangan kita turut terlibat dalam permasaalahan dia.

Biarlah dengan penyakit jiwanya.....
Semoga Allah melindungi aku dari pesakit jiwa ni.....


**Terima kasih di atas ugutan tu,Mrs."J". Malas la nak layan orang yang jiwanya tertekan macam awak.Ikut suka awak la nak buat apa.**

26.3.09

Ampunkan aku,Tuhan........

Tuhan.....
Tenangkan hati ku...
Aku mohon...
Kuatkan semangat ku ini......
Aku mohon......
Ampunkan aku....
Aku mohon.....

Demi Allah aku tidak berniat untuk menghancurkan kehidupan sesiapa.
Tapi,aku dituduh sebagai perosak rumahtangga orang...
Air mata ku sudah terlalu kering untuk semua tuduhan berat seperti ini....
Aku harus kuatkan diri.......
Untuk seluruh insan yang aku cintai.....

Luahan Dari Hati Ke hati...........

Tadi semasa aku nak bersolat Maghrib,aku terima satu panggilan dari seorang perempuan.Kedengaran suara perempuan tu macam bermasalah.Lagipun line tak cukup clear....seolah-olah dia berada dalam terowong.Actually,dia ni dari Kangar,Perlis.

Dia menyerang aku dengan kata-kata biadap. Aku baru teringat yang dia tu adalah JANDA My Hubby yang tak pernah berpuas hati dengan aku.Dia tuduh aku mengikis duit My Hubby.Dia tuduh aku pergunakan My Hubby. Macam-macam lagi tuduhan berat dia lontar kat aku. Dia ni juga seorang blogger....

Jawapan aku mudah je :"Whatever.No comment.".....
Banyak lagi perkara yang penting untuk aku uruskan.

Mrs."J" tu cakap yang aku menggunakan kekayaan ku & family ku untuk perangkap My Hubby. Aku hanya cakap "Iya ke?"....

Seingat aku Mrs."J" ni diceraikan bukan disebabkan kehadiran aku,tapi sebenarnya perangainya yang suka MENYERANG & BIADAP.


**UNTUK PENGETAHUAN SI PEMANGGIL @ BLOGGER DARI KANGAR,PERLIS-MRS."J"**

1)Memang saya anak orang berada.Anak orang senang.Anak orang berduit.Anak seorang
VVIP ternama.Tapi saya tidak pernah menggunakan DUIT untuk dijadikan UMPAN yang
awak TUDUH terhadap saya.Memang saya dilahirkan hidup senang, tapi saya bukan
seperti yang awak dakwa.Saya hidup berdikari di atas kaki sendiri mencari rezeki
yang HALAL & BAIK untuk membantu Abg.Nazri.Terlalu BERAT TUDUHAN awak terhadap
saya.Berapa banyak duit yang awak bagi kat Abg.Nazri yang sy dah kikis? Saya tidak akan membalas apa2 terhadap awak,biarlah ALLAH s.w.t yang tentukan.Ini janji sy
sebagai manusia yang masih siuman.Bukan macam awak....memburukkan orang lain
sedangkan dendam awak pada sy. Itu namanya tak siuman!!

2)Awak menuduh saya menyebabkan Abg.Nazri(ex-hsbnd awak) jatuh papa-kedana & tidak
berduit hinggakan dia tidak dapat balik jumpa awak. TUDUHAN itu TERLALU BERAT untuk saya terima.Malang sekali,selama ini saya yang berkorban & membantu hinggakan sewaktu TAYAR KERETA GEN2 KCE 7*** milik awak rosak(or maybe pancit),saya yang korbankan wang saya bagi melalui Abg Nazri untuk balik bantu awak. Tapi,awak tidak pernah tahu semua itu sebab saya yang meminta Abg Nazri merahsiakan pertolongan saya.Ini terjadi dalam tahun lepas,2008.

3)Awak tidak berhak mengetahui sekerap mana Abg Nazri balik jumpa saya. Awak juga
tidak berhak mempersoalkan status saya. Saya lebih suka bersikap mendiamkan diri
dari menyebar.Saya tidak seperti awak,Mrs."J"....

4)Awak telah membuat tuduhan terhadap sy sebagai PENYEBAB Abg Nazri jatuh susah
& tidak berduit untuk BALIK TENGOK AWAK DI RUMAH. Tuduhan yang tidak berasas.

5)Baguslah awak tahu saya orang berada.Tapi awak terlalu silap dengan menilai saya
dari sudut NEGATIF. Awak sedang dalam kemarahan & jiwa tertekan. Apa yang saya
telah diberitahu oleh Abg Nazri, awak pernah menghina isteri pertama dengan
mengatakan isteri pertama Abg Nazri tu "Ustazah gila".Kan biadap namanya tu mengata
kat isteri pertama macam tu. Malah awak juga org yg pernah print-out artikel dari
blog sy & sebar kepada isteri pertama hingga hati dia terluka. Dalam telefon, awak
cakap hanya dapat menerima isteri pertama Abg Nazri, tapi awak HIPOKRIT. Awak
melaga-lagakan dia dengan Abg Nazri.Inikan bukti awak "dapat terima isteri
pertama" nya?? Sy tak hairan jika awak benci sy sebab hati awak memang hitam.

6)Sekiranya saya ingin mengungkit apa yang telah saya bantu, tak termampu awak nak
membayar balik.Tapi,saya REDHA atas nama ALLAH s.w.t untuk terus membantu selagi
saya mampu.Awak tidak nampak semua itu sebab awak telah dihantui dengan rasa takut
kehilangan suami sedangkan awak juga melakukan kesilapan. Saya tidak suka ungkit
segala pemberian sesuatu barang atau duit yang beribu,Mrs."J". Itu bukan sikap
@ sifat saya. Lain la jika awak begitu.

7)Saya tidak suka merendah-rendahkan kaum sejenis saya sebab itu bukan sikap @ sifat
saya.Lagipun,saya kan orang berada,banyak duit.....buat apa saya nak iri hati @
merendah-rendahkan kaum sejenis saya?? Seharusnya saya bersyukur dapat membantu.
Dan untuk pengetahuan awak,saya tidak pernah berkurang ajar dengan Abg Nazri apatah
lagi untuk menyerang dia kat tempat keje.Itu bukan cara saya menyelesaikan problem
kami berdua. Saya banyak berlembut hati & melihat permasaalahan dia & anak-beranaknya.Dari situ baru kita tahu apa & kenapa.

8)Tuduhan awak terlalu BERAT terhadap saya.Sekalipun awak telah menghina diri saya,
tapi ingatlah dulu awak pernah diceraikan disebabkan apa.Diri awak yang hina juga.
Ingatlah berapa kali awak pernah BERCERAI?? Kenapa? Awak tanya diri awak sendiri.

9)Saya tidak pernah kesal jika awak membenci saya sebab saya sendiri juga tidak
menaruh harapan untuk mendekati awak. Saya tidak berminat dan saya tahu awak amat
merbahaya untuk didekati sebab Abg Nazri selalu cakap yang awak sedang mengalami
SAKIT JIWA / GANGGUAN MENTAL.

10)Saya tahu Abg Nazri susah.Saya membahagiakan dia selayaknya seorang suami harus
terima.Bukan SEKS yang menjadi ukuran,tapi HATI yang dapat menerima kekurangan
dalam hidupnya.

11) Jika sekalipun Abg Nazri rapat dengan saya....biarlah,itu urusan kami berdua.

12) Saya tahu Abg Nazri pernah melukai hati saya, tapi saya selalu memaafkan dia.
Saya bukan PENDENDAM seperti awak yang sanggup melukai hati isteri pertama Abg
Nazri. Manusia mana yg perfect di bumi ALLAH ini? Tiada siapa pun yg pefect.
Semua orang buat kesilapan. Begitu juga sy & Abg Nazri...

Semoga Mrs."J" faham luahan isi hati saya setelah membuat TUDUHAN BERAT. Jika awak
meminta Abg Nazri meninggalkan saya,bagaimana pula perasaan awak apabila telah ditinggalkan/diceraikan disebabkan kekhilafan diri sendiri? Saya tidak pernah terlintas meminta Abg Nazri menceraikan awak. Malah sy org terakhir yg menegtahui yg awak telah diceraikan. Itupun setelah beberapa hari. Sy tidak berminat untuk mentertawakan awak. Buang masa sy je.Sesungguhnya Allah tahu apa yang telah terjadi antara awak & Abg Nazri. Jangan mengheret saya ke dalam kancah permasaalahan diri awak yang semakin gila.

Apa pun,terima kasih kerna menelefon saya untuk menghina. Ternyata awak memang tidak rasional dalam soal berpoligami.Saya akan ingat sampai bila-bila penghinaan yang awak
berikan pada saya. Penghinaan itu akan menguatkan lagi kasih sayang & cinta antara saya & My Hubby (Abg.Nazri).Semoga awak berbahgia dengan niat jahat awak.

21.3.09

Morning Sayang Abg....

Semalam aku tak dapat lelapkan mata sepenuhnya.....
Banyak yang aku fikirkan....
Macam-macam....

Sekejap terlelap.....
Sekejap terjaga....
Then, terlelap lagi....
Then, terjaga lagi.....
Aduhhhhh....

Tetiba handphone aku berbunyi seawal jam 6:50 pagi....
Aku terkejut....
Rupanya MY BELOVED HUBBY (Nazri Y.H.N) call...

"Assalammualaikum Sayang. Bangun cepat. Bangun pegi solat Subuh. Dah lewat nih."..Hubby kejutkan aku.

"Sekarang jam berapa,Abg? Semalam Ayg tak boleh lelapkan mata."....Aku mengadu kat Hubby.

"Sayang,Abg dah on the way ke Alor Star nih. Bangun la. Cepat pegi mandi & solat."....Hubby kejutkan lagi.

"Awalnya Abg datang Alor Star.Ayg dah nak bangun ni. Kepala Ayg pusing2 sikit,Abg."...ngadu lagi kat Hubby.

"I love you,Ayg.Abg rindu kat awak.".....aduhhhh terharunya hati ku ini bila Hubby call pagi2 & cakap "I love you".

"I love you,too,Abg."....



**Itulah Hubby ku....manja dengan aku. Aku juga manja dengan Hubby. Sama2 manja. Aku tak suka gaduh dengan Hubby kalau sekadar hal kecil. Segalanya boleh dibawa berbincang secara rasional,Insya Allah.**