6.7.08

Maaf andai terlanjur berbicara....


Hmmmmm....

Aku menerima msg dlm blog yg berbunyi seperti dendam....& ugutan dari seseorang.
Namun aku tidak cemas atau gentar. Aku cool je. Buat apa aku nak melatah atau melenting dengan kata-kata bodoh dari orang yg tengah marah atau mungkin jiwanya terganggu.Dalam erti kata lain, sakit jiwa.

Bagi aku....memaafkan & meminta maaf adalah lebih mulia dari menegakkan benang yg basah. Aku mengalah tidak bererti aku telah gugur sebelum berjuang.

Aku sentiasa memaafkan semua orang yg berdendam atau membenci aku. Tak jadi masalah bagi ku untuk memaafkan orang yang tengah hangat marah.

Aku akui aku juga melakukan kekhilafan....semua orang melakukan kekhilafan. Allah s.w.t pandang kita sama sahaja....tiada beza. Yang membezakan adalah hati.

Walau sejujur mana pun kita mengakui tentang keikhlasan kita....tapi, jika hati kita berdendam....itu telah membuktikan bahawa keimanan & ketaqwaan di jiwa kita belum cukup kuat.

Oleh itu, bagi aku biarlah apa orang nak cakap & hina aku. Itu lumrah alam. Aku sentiasa menjadi diri aku sendiri. Hanya yang kenal aku sahaja tahu akan hati aku. Aku sedih apabila orang yang bijak pandai mengeluarkan kata-kata durjana. Bagaimana generasi akan datang nak respect diri kita andai kita sendiri tidak bijak berkomunikasi di antara satu sama lain?? Fikir2kan lah.

Apa pun, aku sentiasa ingin jadi pemaaf.....dan aku akan sentiasa memaafkan orang. Aku tak pandai berdendam...jauh sekali nak porak-perandakan kehidupan sesiapa pun. Bukanlah perkara BODOH jika kita sebagai umat Nabi Muhammad menjadi PEMAAF dan menjauhi sifat PENDENDAM. Orang-orang tua pernah berbicara pesan: Jangan angkat diri bimbang dipandang rendah dari tapak kaki.Maksudnya : Untuk apa kita berasa hebat sedangkan kelemahan diri kita terserlah terlihat oleh semua orang.



"Tuhan.....
Andai aku yang bersalah...
Maafi aku...
Andai aku terlanjur berbicara hingga ada yang terasa kerana aku...
Ampuni aku...
Aku mohon jauhi aku dari sifat berburuk sangka.
Amin .....