14.6.08

Maafkan aku andai ada yang terasa.....

Tuhan....
Aku mohon pada Mu
Berikan aku bahagia itu....
Sebagaimana Kau membahagiakan hati hamba-hambaMu yang lain...

Tuhan....
Bukan niat di hati aku
Untuk melukai hati sesiapa....
Bukan niat ku untuk merampas kasih dia dari sesiapa pun...

Namun masih ada hamba Mu yang menuduh aku merampas suaminya
Hakikatnya dia tidak pernah tahu kisah sebenar....

Tidak terlintas di hati aku untuk membanding-banding...
Tiada niat di fikiran untuk membeza-bezakan...
Tiada niat di hati aku membuat hati sesiapa pun menangis dengan kehadiran aku
Aku juga menumpang kasih....
Aku menumpang kasih untuk kali terakhir...
Di bumi Allah....

Andai tiada lagi aku di dunia ini....
Aku pasti kembalikan kasih & cintanya pada yang berhak....
Aku tidak sekejam itu untuk meragut kasih & cinta dari sesiapa...

Aku hanya menghitung hari-hari yang terakhir...
Entah esok....
Entak lusa....
Aku pergi jua....



"Kepada seorang pembaca misteri(wanita)yang sentiasa setia mengunjungi blog aku, jangan bimbang...aku tidak sekejam yang dirimu fikirkan.Dia juga adalah BLOGGER di kalangan kita.Kita sama-sama menumpang kasih...menumpang sayang....menumpang cinta....di BUMI Allah.Cinta memerlukan kesetiaan.Kesetiaan memerlukan kejujuran.Dalam kejujuran perlukan pengorbanan.Jangan menuding jari andai anda juga meminjam hak orang lain.Semoga anda buka hati & mata...lihatlah dunia yang luas terbentang ni.Aku tidak melukai hatimu...jangan anda lukai hati ku.Aku tahu anda sentiasa mengunjungi blog ini.Aku tidak pernah melarang anda terus mengunjungi blog ini.Jangan terlalu cepat membuat andaian,anda juga mengambil hak milik orang lain.Adakalanya kita perlu mengambil cermin & letak di hadapan kita....cermin kesilapan kita...cermin diri kita.Ukur siapa diri kita....Allah memandang kita sama sahaja.Jangan berpra-sangka buruk terhadap diri ku jika anda tidak pernah kenali diri ku.Itu lebih parah dari HIV/AIDS.Berhati-hati dengan setiap patah perkataan anda, bimbang suatu hari kelak ianya memakan diri.Semoga anda dirahmati Allah,Amin.Akuilah, anda juga perampas."

No comments: