30.8.09

Cabaran Hati Ku....(n3 lalat dan langau...tak rela tau)

Ini bapak lalat ye,kawan2......




Hampeh.....lalat.........langau.....

Syuhhhh,syuhhhhh,syuhhhhh......pegi jejauh sikit.

Uwaaaaaaa, tak shukeeee tau.....

Mencikkkkkk la....
Mencikkk tau....
Ada mamat dari celah bedah mana la asyik dok se-mey-es aku
dgn ayat2 jiwang 18 karat.
Katanya shukeeee kat aku......
*Weyyyyyy, aku ni mak budak la.....
Uwaaaaaaaa, lalatnyerrrr.....langaunyerrrr.
Syuhhhh...syuhhhhh...syuhhhh...pegi main jejauh
Takmo...takmo....
Nanti my hubby lastik batang hidung aku dgn buah ciku dan manggis.....
Penyek hidung aku yg tak berapa mancung nihhhhh....
Jatuh saham batang hidung nihhh....
Nampak gayanyer aku kene tukar nombor tepon aku.....
(Errrrkkkkk, ye ke nak tukar nombor tepon??)
Hmmmmm,sayang la pulak nak tukar.....
Sekarang ni aku guna nombor VIP
...........dah ada lalat yg dok tembak se-mey-es kat aku..
Kang kalau aku tukar nombor xtra VIP
Ntah lanun mana pulak yg tembak aku dgn ayat2 cinta yg tak boleh blah...
Mencikkkk tauuu....
Tak rela gituuuuu....
Huhuhuhu....
:(
p/s : Ada sesiapa yg nak tembak duit raya kat aku??? Sila la....ai rela you. Ai like it.

**OHH,BETAPA LALATNYER ITU LALAT.....BETAPA LANGAUNYER ITU LANGAU. TAK RELA U. AI HANYA SETIA PADA MY HUBBY BUCUK JE TAU.....**

Salam Kemerdekaan Untuk Semua

jalur gemilang kibar banihassim
SELAMAT HARI MERDEKA !!!

1 MALAYSIA !!
RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKN
.

<<<<<<<**********************************************>>>>>>
Merdeka - Sudirman Hj.Arshad

28.8.09

Bingkisan Untuk Org Ganu Sebagai Tanda Persahabatan

Di dunia alam maya ini tidak pernah m`bataskan aku utk terus m`cari kenalan atau sahabat utk terus d`bawa ke alam realiti. Actually, aku ni susah sikit utk b`kawan dgn sesiapa pun sbb tugasan aku m`bataskan p`gaulan aku di luar sana.

Tapi dgn wujudnya kemudahan internet ni.....segalanya di hujung jari,kan. Aku boleh m`cari kawan2 yg mana aku rasa b`sesuaian dgn diri aku.

Actually, aku dah byk bulan m`jadi follower mahupun regular reader di blog Kak Tie. Kak Tie ni seorg yg prihatin, kelakar, rajin, cute dan penyayang orgnya. Aku sukakan Kak Tie sbb rasa selesa utk b`jenaka dan b`gelak ketawa dgnnya.

Aku ni pulak yg susah nak ketawa dgn certain jokes yg org buat.....kalau setakat jokes yg hampeh, lalat, langau dan busuk, takde mendenya aku nak gelak. Mengilai mungkin yeeeeeeee.....Tapi Kak Tie ni selalu buat aku t`senyum setiap kali aku m`baca n3 di blog nya. Dia selalu buat aku gelak walaupun hanya melalui internet.

Last week, Kak Tie menyepikan diri.....tak pernah2 pun dia jadi cenggitu. Tetiba je dia "ghaib"...ntah ke mana. Aku menangis sbb "keghaiban" Akak Tie nihhhh. Nangis weyyyyyyy. Sedih. Rindu. Sayang.

So, sbg tanda persahabatan yg baru ini, aku ada kirimkan beberapa bingkisan (kuih-muih tradisional Kedah) utk Kak Tie. Aku tak kisah bab2 duit dlm soal makan minum sbb bagi aku persahabatan harus d`jaga sebaiknya. :)


Gambar kuih2 ni aku cilok dari blog Kak Tie.....aku tak sempat nak snap gambar kuih2 ni tempoh ari. Beli, bungkus dan terus pos kat Kak Tie. TQ ,Kak Tie. :)

Aku mmg tak pandai nak b`kira dgn sesiapa. Mungkin sifat semulajadi dlm diri ini yg m`buatkan aku mudah m`hadiahkan sesuatu utk org2 yg aku senangi

>>>>SEMOGA PERSAHABATAN AKU DGN UOLS DI ALAM MAYA INI M`JADI REALITI DI DUNIA NYATA HENDAKNYA<<<<<<<

27.8.09

May I Be Execused For A While?? (Auto Publish n3)




Guys, I need some times to rest. I`m not feeling very well. I`ll be back very soon without fail (Cewahhhhh...).

Asyik ting-tong je nihhhh.....errrkkk,aku harap bukan H1N1.
Ntah la kenapa jadi ting-tong tetiba nihhh. Mcm ada bell jer dlm kepala otak aku.......ting-tong2 tak abih2.

Apa pun, je adore tu (i love you).


Jika rindu aku.....jenguk2 la aku kat sini. Hantar e-mail pun ok.
Zyma_Saad@yahoo.com

Atau tembak se-mey-es (jika yg ada hp number aku la). :)

Jika mencik kat aku..........errrrkkkkk, jgn la mencikkk2 kat aku.
Tak baik tau....ni bulan puasa. Huhuhuhuhu..... :)

24.8.09

Tengok je tau.....(Auto Publish n3)

Tadi aku b`buka puasa dgn b`berapa jenis menu je. Aku tak berapa sihat sikit ari ni. Sesedap mana pun makanan yg d`masak dan d`hidang, aku hanya dpt makan sikit je. Asyik nak demam malam je....pening2 kepala dan m`loya.

OK la, let`s talk what I ate this evening during b`buka puasa. Aku cuma minum sedikit jus limau plus peppermint, kuih cara b`lauk dan ayam dan ayam masak black pepper. Itu pun tak dapat nak habiskan.


Ini jus limau plus peppermint. Boleh potong lemak dan spare-tyre yg tak d`kehendaki.


This one, ayam masak black pepper. Sedap mmg la sedap, tapi aku yg tak sihat ni tak dpt nak menyahut cabaran utk makan ayam black pepper nihhh. Sedihhh.....uhuk,uhuk,uhuk!!!!

And last but not least, kuih cara b`lauk. Ini Mama aku yg buatkan. Aku pernah buat dolu2, tapi skrg dah takde masa nak buat. Sedap gak....tapi aku makan 2 -3 bijik je.
Nak resepi, sila hantar request kat e-mail ni ye: Zyma_Saad@yahoo.com
Aku malas nak tulis resepi kat dlm ni. Nanti panjang sgt, tak larat nak renung lama2 dan baca.
:)


Jom try.....

Petang semlm, aku b`buka puasa dgn bubur pisang, sedikit kuih manisan dan iced blended kurma.

Aku nak share dgn uols resepi Iced Blended Kurma sbb bagi aku "sharing is caring"...kan!!!

Ingredients :

Susu UHT atau susu tepung
Ice cream (vanilla atau coklat)
Ais Kiub
Buah Kurma - depends pada uols nak taruk byk mana.
1 tin air ais cream soda atau 7 Up atau Sprite

How to make:

  • Masukkan susu UHT atau susu tepung ke dlm blender. Jika guna susu tepung, bancuh terlebih dahulu dgn air. Lebih kurang 1 cawan.
  • Masukkan juga ais kiub, ice cream dan buah kurma.
  • Blend semua ingredients t`sebut hingga hancur.
  • Bila dah siap blend semuanya, tuang ke dlm jug.
  • Then, campur air ais krim soda atau 7 up atau Sprite - 1 tin atau kurang.

    p/s : Lebih kurang mcm Iced Blended Haagen Dazs la ghupenyer....
  • Gambar hiasan : Iced Blended Cappucino Haagen Dazs
    Ehsan : Google

    **Mudah, murah dan b`khasiat. Selamat m`cuba!! **

    22.8.09

    Jangan Derhaka Kepada Ibu....



    Aku ingin share dgn uols ttg kasih seorg insan yg b`nama ibu dan anaknya yg derhaka di bulan Ramadhan.

    Hari ni adalah 1 Ramadhan 1430H, hari pertama bg semua umat Islam di dunia m`jalani ibadah puasa. Selamat b`puasa ye utk uols. :)

    Aku sebenarnya sedih dgn apa yg aku lihat dan dengar petang tadi. Suatu perkara yg tak patut seorg anak memarahi ibunya. Hanya kerana si ibu menegur anaknya yg b`buat k`salahan, si anak t`sebut b`dendam dgn ibunya sepanjang m`jalani ibadah puasa.

    Kisahnya cenggini, sewaktu b`buka puasa, si anak dgn bengisnya m`marahi ibu yg baru m`jamah sedikit manisan dan air. Si anak telah m`buatkan hati ibunya sedih, b`kecil hati dan merajuk. Si ibu meninggalkan meja makan t`sebut dgn k`sedihan dan terus m`ambil wudhuk utk b`solat Maghrib. Sesudah solat Maghrib, si ibu terus keluar pergi ke surau tanpa b`cakap sepatah kata. Betapa hati si ibu t`guris. Hanya sbb si ibu pernah tegur si anak kerana buat salah, hati si ibu telah t`guris dgn k`biadapan anaknya itu... tambahan di hadapan rezeki 1 Ramadhan.

    Aku pun tak faham kenapa si anak t`sebut perlu m`marahi ibunya yg sudah tua itu. Sedangkan si ibu telah byk b`korban sedari si anak dalam kandungannya hinggalah besar panjang. Si ibu tatang si anak dgn penuh belaian dan kasih sayang yg m`curah2. si ibu tidak pernah sesekali m`jentik tubuh badan anaknya. tapi, apabila sudah besar,si anak lupa pengorbanan ibunya yg telah byk b`korban siang dan malam tanpa kenal penat dan lelah.

    Tidak bau syurga bagi anak yg m`derhakai ibunya itu. Sesungguhnya tiada k`berkatan dlm hidup andai hati ibu telah t`guris dgn patah bicara yg menusuk parah hati ibu. Jauh sekali utk m`dapat k`redhaan dari ALLAH, yg sesungguhnya Maha Berkuasa.

    Jgn pernah lukai hati ibu kita sekalipun ibu kita itu suka m`bebel atau b`leter.
    Sbb sayang, ibu kita m`bebel. Sbb kasih, ibu kita b`leter. Itu tandanya ibu kita m`ambil berat ttg hidup kita. S`buruk mana pun, ibu tetap ibu. S`busuk mana pun, ibu tetap ibu. Dan s`jahat mana pun, IBU adalah IBU. Walau sebesar biji sawi, jgn pernah sekali kita m`derhakai ibu.....insan yg mengandung dan m`lahirkan kita di dunia ini.

    Si anak t`sebut kini tiada k`tenangan di dlm jiwanya sbb si ibu masih belum mahu m`maafkannya. Si ibu ingin m`ajar anaknya utk m`hormati ibunya. Aku pun tak pasti apakah k`sudahan antara si ibu dan si anak ini.

    Aku b`doa si ibu m`ampunkan anaknya itu. Dan aku b`harap si anak t`sebut insaf dan m`minta maaf kpd ibunya. Semoga keadaan yg tegang itu m`jadi tenang,Insya Allah. Amin.


    ** JANGAN PERNAH LUKAI HATI IBU KERANA SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. KERANA IBU JUGA, KITA MASIH DAPAT MELIHAT DUNIA INI. **

    21.8.09

    SALAM RAMADHAN 1430H (Auto Publish n3)



    Aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua teman blogger yg d`kasihi dan d`hormati. Semoga Ramadhan 1430H kali ini m`beri kita ruang utk m`perbaiki diri dan m`eratkan silaturrahim.

    Lalui bulan yg mulia ini dgn k`sabaran. Semoga kita m`dapat k`berkatan dari-Nya,yg Maha Esa. Amin.




    **SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA**




    20.8.09

    Tag Dari Bro Maza

    Dah lama aku tak jawab tag. Sebenarnya nak minta execuse, tapi bila tgk pd title tag tu mcm best je. So, aku ready m`jawab tag dari Bro.Maza (Gubuk Kecil Kembara Jalanan).

    1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.
    Dah tempek dah kat sini. Done!!!



    2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini. 3 untuk Jard dan 3 untuk Mokcik Azwa.

    - Jard seorg insan yg - 1) baik, 2) low profile, 3) sgt sensitif orgnya.

    - Mokcik Azwa - Aku tak kenal. Mintak maaf ekkkkk. Semoga kita b`peluang mengenali di alam maya nanti.

    3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.

    1) Membaca dan membaca - majalah, novel, buku2 puisi dan sbgnya.

    2) Makan - but I don`t take oily food and sweet things.

    3) Mengemas rumah - aku tak suka rumah yg bersepah2 mcm medan peperangan.

    4) Menjahanamkan $$$ - ada peluang je aku akan beli itu ini. Lepas tu simpan sampai reput. (buruk perangai nihhhh........).

    5) Memasak - tapi masakan aku tak se"best" masakan Mama ku. Pernah masak nasi putih, tapi hangit hangus tengik baunyer...huhhhhh,apa nak jadi la?? Ni pengakuan berani mati tauuuuu.....NO tipu-tipu.

    6) Main game dlm enpon - asal kalah je, OFF terus enpon. Asal OFF enpon je, kalah main game. Hihihihihi....

    7) Dengar radio - my fave is HOTfm. Setiap hari aku tak pernah miss semua program HOTfm. Semua DJ HOTfm aku dah hafal nama dan suara.

    8) Berbasikal - aku b`basikal (mountain bike) bila ada kelapangan. Nak keluarkan keringat.

    9) Drive kete laju2 - heheheheh, ni pun "a part of my hobbies". Tapi tak la laju mcm F1 tu. Itu tak sayangkan nyawa namanyer tu.

    10) B`gaya sakan - aku suka b`gaya sbb personaliti sbg seorg businesswoman kene jaga. Tapi aku tetap b`tudung sopan gituuuuu.

    4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka
    Aku pilih :

    1) Ceeramoon - she`s a cool babe. Suka b`posing sana-sini.

    2) Viruspadu - kakak kpd si Ceera. VP ni baru timang cahayamata perempuan yg d`beri nama An-Nur atau lebih cute d`gelar sbg ANOI oleh si kakak,An-Nisa.

    3) Cikgu Rashid - seorg lelaki yg tersangatlah cool, romantik, sopan-santun, berbudi bahasa dan suka senyum.

    4) Kak Izan - seorg wanita yg selalu buzy dgn keje2nya di legal firm. Pandai memasak dan amik hati anak2 dan suaminya. Mmg best Kak Izan nihhh.

    5) Wawa - seorg gadis yg selalu dihantar utk b`kursus ke mana2 je. Dia rela pegi b`kursus. Wawa baru je beli kete baru warna putih suci bersih.

    6) Cinta Cukulet - seorg gadis yg selalu baik, prihatin dan kelakar. Dia ni byk idea yg d`tulis dlm blog nya. Tak jemu m`baca kat blog tu.

    7) Belalang - blogger yg baru aku kenali. Dia jugak pernah bagi award bersertakan 20 sen kat aku. Cute award tu. Cool je si Belalang nihhh.

    8) MummyDasy - seorg wanita yg amat penyayang. Selalu jenguk aku di blog tapi aku yg tak sempat m`balas jengukkan itu. Sorry ekkk,MummyDasy.

    9) Bro.Framestone - seorg lelaki yg lucu dgn ketawanya yg sebyk 23x tu. Hihihihi.....ai like ur style,Bro!!!!

    10) Along Arman - awek Ganu. Muda lagi. Bijak dlm IT. :)

    Soalan-soalan tambahan:
    5. Nama timangan – Selain Zyma, aku juga dipanggil Al-Iman oleh ahli keluarga.

    6. Anda seorang yang? – tak pandai marah2, cool, tak suka byk cakap dan tak pandai komplen itu ini.

    7. Insan yang teristimewa? – kaum kerabat, My Hubby, anak2, kawan2 blogger, Cik VIOS hitam bontot kuali yg t`bongkang dan comot sebab tak sempat nak mandikannya. Ahakkssss....

    8. Lagu kesukaan? – Izin Ku Pergi (Kaer), Dancing Queen(ABBA), Suatu Masa (M.Nasir) dan semua lagu Sheila Majid.

    9. Makanan kesukaan? – Macaroni bakar, spagetthi goreng, laksa Kedah dan laksa Penang.

    10. Sikap yang membuat anda stress? – Buat keje t`hegeh2 (tiru Kanda Maza), byk songeh dan suka busy-body.

    11. Warna kegemaran anda? – Merah, putih, hitam, biru, kuning, hijau, purple (warna 1 Malaysia).

    12. Benda mesti ada dalam beg? – lipgloss, balm buah pala atau minyak putih, purse, mouth spray dan tuala wanita (kot2 t`kantoi).....

    13. Kali terakhir anda menangis? – semalam sbb teringat kat Kak Tie (Kayteezee`s Blog). Dah byk ari dia menyepi. Aduhhhh,rindu sungguh dgn Akak yg comel sorang nihhh. Sebelum tu, aku nangis sbb rindu kat Hubby yg b`jauhan nun di sana.....rindu wooooooo!!!!!!

    **Selamat m`jalankan tugas m`jawab TAG kpd yg telah t`pilih ye. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Aku sayangkan kalian semua. Sungguh. Kerana kalian, aku masih dalam dunia blogging ini....sebuah dunia yg tiada pernah b`sempadan utk terus m`lakar k`gembiraan b`sama kalian semua.**

    Award Dari BELALANG

    See,aku dpt award pepagi cenggini. Award dari BELALANG. Ada 20 sen lagi haaaa.

    "Terima kasih ekkkk,Belalang. Aku appreciate ko sgt2. So, aku harap silaturahim kita di alam maya ni akan b`akhir di alam nyata la ekkkk. Nanti aku belanja ko minum kopi bontot kuali. Ko nak???? Ada award lagi utk nnt, ko jgn lupa nama aku ye."


    Xie xie ni,Belalang

    17.8.09

    Fikir2kan lah.....

    Bermula dgn ini.....

    Bahan2 kimia/racun yg t`dapat dlm sebatang rokok.....

    Semua bahan ini t`dapat dlm tubuh badan si perokok. Dah tahu bahaya, nak jugak cuba2 merokok. Bila dah cuba dan sedap....terus merokok. Dah tak nak b`henti dah. Katanya sedap dpt makan rokok....


    Yang ni uols tahu ke apa? Ini bukan FAEDAH yg uols dpt, tapi PADAH buruk yg uols dpt jika merokok. Tak takut ke???

    Hentikan la m`rokok. Takde pekdahnyerrr!!!!


    Penyakit2 akibat merokok.


    "Awak ni suka sgt dgn rokok tu. Sedap sgt ke. Bahaya sgt utk kesihatan tau tak?"...aku pot-pet kat Hubby.
    "Hmmmm,sedap tauu...."...jwb Hubby.
    "Udah la,Abg. Jgn smoking....stop it,k. Kat kotak rokok tu pun ada gambar kanser paru2, tak takut ke?"...aku pot-pet lagi.
    "Tengok la kalau rajin, nanti Abg stop smoking. Heheheh...".....jawab Hubby selamba.
    "Saya ni amik berat kesihatan awak, bukan nak awak masuk sepital. Daripada makan rokok tu, baik awak kunya gula2. Lagi baik tau".....aku pot-pet tahap gaban nihhh.
    *************************************************************
    "Uhukkk,uhukkk,uhukkkk."...see, aku lak yg batuk2. Org lain yg smoking, aku yg batuk2.
    FIKIR-FIKIRKAN LAH TTG KESIHATAN ORANG LAIN KALAU TAK NAK FIKIR KESIHATAN DIRI SENDIRI.

    Semoga Bahagia

    Gambar : Kosmo Online - 17 Ogos 2009

    Ehemm-ehemmm, kecoh jugak ekkk berita p`nikahan Ustaz Akil Hayy, 40 tahun, dan penyanyi Waheeda, 30 tahun, yg telah selamat d`ijab qabul pd 16 Ogos 2009 di Masjed Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Baru,Selangor.

    Ada yg suka dan tak kurang jugak yg benci dan meluat. Ada yg menyokong dan ada jugak yg tidak sokong. Aku sokong p`nikahan diaorg b`dua nihh. Ye la, sbb diaorg b`nikah dgn cara baik dan d`restui semua pihak ahli keluarga.

    Lagipun, ALLAH s.w.t telah tentukan bahawa itulah jodoh diaorg b`dua. Segalanya d`tentukan oleh yg Maha B`kuasa yg SATU itu. Rezeki, jodoh, dan maut hanya di tangan ALLAH.

    Tak perlu kecoh2 ekkkk bila p`nikahan d`laksanakan dgn tertib dan d`restui. Dan jgn ada yg benci atau meluat bila diaorg ni telah selamat d`ijab qabul ye. Doakan k`bahagiaan diaorg lebih baik......kita juga dpt PAHALA. Mana tahu suatu hari nanti, org juga akan m`doakan k`bahagiaan buat kita. Who knows, rite???? :)


    **TAHNIAH BUAT UST.AKIL HAYY DAN WAHEEDA. SEMOGA JODOH B`KEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT,INSYA ALLAH.**

    16.8.09

    Cermin Diri Sebelum Mengata Orang (Auto Published n3)

    Mirror, mirror on the wall, who's the fairest one of all?

    Salah satu drpd nikmat pancaindera yg d`kurniakan ALLAH s.w.t kpd manusia ialah lidah dan mulut. Selain drpd makan dan minum, lidah dan mulut juga d`gunakan utk b`cakap, b`bual dan b`hubung mesra antara satu sama lain. Melalui lidah dan mulut, kita dpt menyatakan apa yg t`lintas di hati dan t`bayang di fikiran.
    Tetapi tidak semua org dpt m`gunakan lidah dan mulut utk b`interaksi antara satu sama lain. Org yg b`keadaan seperti ini t`diri drpd org2 yg bisu.Org yg bisu tidak dpt mengeluarkan suara melalui mulutnya. Jika ada pun t`dengar suara yg keluar dari mulutnya, ianya sukar d`fahami.
    Sedar akan hakikat betapa susahnya org bisu utk b`interaksi, maka kita yg d`kurniakan ALLAH s.w.t m`miliki lidah dan mulut yg dpt b`cakap dan b`tutur dgn baik ini sepatutnya b`syukur dan b`terima kasih kpd-Nya. b`hati-hatilah m`gunakan lidah dan mulut agar ia tidak t`jerumus ke dlm jurang yg d`murkai ALLAH.
    Salah satu p`buatan yg tidak d`sukai ALLAH m`lalui p`gunaan lidah dan mulut adalah mengumpat, atau dlm bahasa Arab, GHIBAH. Mengumpat dari segi lahirnya kelihatan seperti p`buatan yg tidak begitu m`bebankan. Tetapi pd hakikatnya, ia nyata t`golong dlm dosa yg besar.
    Dan ALLAH b`firman :
    "Dan jgnlah setengah drpd kamu mengumpat setengah yg lain. Adakah seorg drpd kamu suka makan daging bangkai saudaranya padahal kamu semua tidak menyukainya?" (Al-Hujurat : 12)
    Drpd ayat di atas, ALLAH s.w.t dgn jelas telah m`umpamakan org yg mengumpat itu seperti org yg m`makan daging saudaranya yg telah mati. Betapa bahayanya akibat mengumpat ini dpt kita lihat dgn jelas drpd larangan dan tegahan ALLAH m`lalui Al-Quran dan hadis.
    Ibnu Jabar umpamanya pernah b`kata: "Kami pernah di tempat Nabi s.a.w. Kemudian m`hembus angin b`bau busuk. Lalu b`tanyalah Nabi: "Tahukah kamu angin apakah ini? Ini adalah angin (bau) org2 yg mengumpat org2 Mukmin.
    Walaupun ramai di antara kita sedar ttg peri buruknya akibat p`lakuan mengumpat dan betapa dahsyatnya hukuman ALLAH s.w.t ke atas org yg mengumpat, namun p`buatan itu terus mereka lakukan juga. Keadaan ini t`jadi kerana kelemahan iman yg ada pd jiwa mereka serta kecetekan pengetahuan mereka dlm bidang k`agamaan.
    S`sungguhnya adalah m`jadi satu tanggungjwb dan k`wajipan bg setiap org Muslim yg sedar utk m`perbetulkan s`suatu k`cacatan, k`kurangan dan k`aiban yg d`lakukan ialah m`beri ingatan dan nasihat apabila kita b`sendirian dgnnya.
    Sedar akan bahaya dan buruknya p`buatan mengumpat ini, maka semua kita yg mengaku diri b`agama Islam hendaklah b`usaha sedaya mungkin utk m`jauhkan diri drpd p`buatan mengumpat.
    Kita seharusnya m`cerminkan diri sebelum m`bicarakan ttg org lain. Jgn kuman di seberang laut nampak, tetapi gajah di hadapan mata tidak kelihatan. Kita juga harus sedar bahawa tiada manusia yg m`huni alam fana ini, yg sempurna. k`sempurnaan hanya ada pd ALLAH s.w.t sahaja.
    Menyedari hakikat ini, dgn tidak mengumpat dan mengata-ngata ttg k`aiban seseorg, mak dptlah kita m`jauhkan diri drpd b`musuhan dan b`sengketa sesama sendiri. Kita juga dpt m`jadi manusia yg senang di dunia dan bahagia pula di akhirat, Insya Allah.
    Sumber : Al-Islam
    Segmen : Tazkirah

    15.8.09

    Doa Ketika Ditimpa Bencana

    Aku ingin b`kongsi dgn uols sedikit sebyk doa2 ketika kita di dalam d`timpa bencana. Dalam keadaan negara kita yg d`timpa dgn pelbagai musibbah atau bencana seperti H1N1 dan sebagainya, eloklah kita sama2 m`amalkan doa2 ini.
    Semoga kita semua d`lindungi dan t`pelihara,Insya Allah.



    Maksudnya:
    Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.



    Maksudnya:
    Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.


    **Renung2kan dan selamat b`amal.......**

    14.8.09

    Sharing Is Caring




    Hari ni aku nak share a few tips kecantikan dgn uols sbb bagi aku SHARING is CARING. Aku tak nak la simpan sorang2. So, aku kasik sama rata kat uols. You, you, you, you, you.......amik,amik,amik!!!!

    Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikkan.
    Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikkan pada setiap orang yang anda jumpai.
    Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bahagikanlah makanan
    dengan mereka yang kelaparan.
    Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
    Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
    Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
    Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
    Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
    Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.
    Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
    Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan.
    Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


    **Ada yg nak tambah?? Sila la tambah......garam ke, gula ke, serbuk kari ke... apa2 je. As long as baik utk d`nikmati dan d`kongsi b`sama2.

    11.8.09

    Kisah Cik Punti.....

    Dah byk hari aku tak buat n3....bz dgn keje, family dan segala bagai.
    Tapi kan.....kan...kan....aku ada one story to share with uols la. Pengalaman seram. Baru2 ni aku pegi ke UUM,Sintok - pegi hantar barang2 kat Cik Abg. Pada masa yg sama ada Hari Keusahawanan 2009 di UUM.

    Then, aku nak balik ke Alor Star. Drive sorang2 dalam suasana malam kelam gelap menerusi h/way yg agak sunyi gituuuuu. Hanya lampu kete dan lampu jalanan yg menerangi kegelapan malam. Itu pun masih kurang terang bagi ku.

    Setiap kali aku drive sorang2, aku low down cermin tingkap.....aku suka angin luar b`banding air-cond. Nyaman dan menyenangkan. Sepoi2 bahasa gitu. Aku buka radio HOTfm....temani aku sepanjang p`jalanan balik dari Sintok ke Alor Star.

    Ketika menerusi h/way (aku tak nak cakap h/way mana.....nanti org tak nak lalu situ), aku d`lintasi satu "makhluk" b`kain serba putih. Masya Allah.... inilah 1st time aku t`lihat "wajah"nya. Gerun siot. B`istighfar panjang aku.... tak berani tengok cermin pandang belakang. Aku terus tekan pedal minyak..... sambil b`istighfar, b`zikir dan sebut nama ALLAH.


    Maaf ye teman2, aku t`paksa kecilkan gambar Cik Punti ni, tp aku tak nak "blur"kan dia sbb aku nak kasik "impak maksima" kat uols. Aku sendiri pun seram tgk gambar Cik Punti yg tersangat la "cun" ini. Huhuhuhu....ehsan dari Mr.Google gituuu.

    Terus-terang aku katakan, buruk wajahnya. Lemah semangat aku seketika.....
    Aku tak pasti apakah itu Puntianak Harum Sundal Malam atau Puntianak Tak Pernah Menyundal atau Langsuir atau .......aku tak tahu nak panggil apa sbb itulah 1st time aku t`lihat. Aku kasi nama "Cik Punti" la senang citer. Dulu aku sekadar m`dengar cerita dari kengkawan je, tapi aku sendiri dah t`lihat wajahnya......tiada seri langsung makhluk itu. Huhuhuhu.....

    Aku tak citer kat sesiapa pun.....bukannya apa, nanti org cakap aku ni jenis lemah semangat dan penakut. Klu citer pun, org cakap itu hanyalah khayalan aku. Tapi, aku yg pernah t`lihat wajahnya.......uwaaaaaaa, ngeriiiiii.

    Sekarang dah ok sikit.......aku minum air Yassin yg Mama pernah bawa balik dari masjid baru2 ni. Semangat berani datang balik.

    ** Pernah ke uols terjumpa makhluk cenggitu? Cik Punti ke apa yg seram kekdahnye?

    8.8.09

    Jam Tangan Baru dan Murah Kekdahnyerr.....

    Baru2 ni aku pegi ke UUM,Sintok - ada Hari Keusahawanan 2009. Byk booth pakaian, tudung, accessories, minyak wangi dan segala bagai pd hari tu. Tapi yg menarik perhatian aku adalah booth jam tangan. Aku mmg sukerr dgn jam tangan. Sukerr sangattttt.... :)

    Aku mesti akan habiskan masa berjam-jam m`belek2 jam2 tangan kalau singgah mana2 kedai jam tangan. Ye la....aku belek2 sbb nak tgk brand, kualiti dan kecantikkan jam tangan tu......


    Belek punyer belek, yg ni la yg aku beli. RADO gituuuuu. Aku minat jam tangan brand RAYMOND WEIL (paling sukerr tauuuuu......), tapi takde pulekkk kat booth tu. Masyammmm seketika muka aku masa tuuu. :(

    Cenggini la ghupe si Rado hitam menawan tu yg b`harga RM10. Murah,kan?? Hahahahaha......poyo betul aku ni. Jam murah pun jam murah la, janji aku tepati masa.

    Taukeh tu b`jaya pujuk aku utk m`beli si RADO hitam menawan tu setelah b`berapa kali gagal m`mujuk aku m`beli jam tangan cikai yg bukan pilihan hati dan jantung mahupun peparu ku. Harganya murah, cuma RM10 je. Murah yg amat sangat kekdahnyerr....

    Hahahahaha, kenapa la aku b`ubah haluan meminati jam murah cenggini? Adakah sbb den "eko-NO-MONEY"? Atau sbb hati ku telah b`jaya d`takluki dek penangan brand jam hinggakan tak peduli harga murah atau mahal?? Hmmmmm, bagi ku ketepatan masa adalah yg paling TEPAT dan PENTING, bukan brand jam tangan tu.


    Dulu...yes, aku suka jam tangan sbb:

    1) Jenama atau brand (Raymond Weil, Rolex, Cartier, Omega, Tag Heuer, B.U.M, Rado, Roscani)

    2) Harga yg mahal......lagi mahal, lagi tu aku akan beli.

    3) Kualiti......penting nih. Klu tak penat aku bayar mahal2..

    Now, alasan aku suka jam tangan sebab :

    1) Ketepatan masa amat penting bagi aku. Aku seorg wanita yg selalu menepati masa dan janji,Insya Allah. :)

    2) Segala yg aku lakukan (appointment la t`utamanya), base pd masa. Aku seorg yg busy. Bussinesswoman la katakan, ahaksssss.....

    3) Tangan kanan aku ni mmg perlu d`isi dgn jam tangan, kalau tak nanti nampak kosong dan bogel gituuuuu.

    4) Sebagai perhiasan diri. :)



    5.8.09

    Cinta Internet Oh Cinta Internet

    Pagi tadi, sewaktu aku nak pegi saloon, aku dengar HOTFM AM CREW (Farah Fauzana dan Faizal Ismail) dlm kete. HOTFM ni lah teman aku diwaktu kesunyian dlm kete dan p`hibur kedukaan semasa b`sendirian. Uhukkkk, uhukkk (t`batuk la pulekkkk).

    Tajuk yg diaorg bualkan adalah "CINTA INTERNET". Boleh juga d`baca di HARIAN METRO. Mmg HANGAT, HANGUS dan HANGIT tajuk ni ketika on-air di HOTFM. Aku yg tgh driving pun geram m`dengar ttg ada seorg MAT SALIH dari United Kingdom yg telah menipu ramai gadis2 M`sia yg innocent. Mat Salih ni m`gelar dirinya sbg Steve la, Raymond la, Richard la......dan mcm2 lagi nama yg d`gunapakai utk m`perdaya.

    Sasaran Mat Salih ni MUDAH je........b`chatting dlm ruangan sembang2 dan pilihannya adalah gadis2 M`sia. Mat Salih ni m`buat segala bagai janji manis dan segala bagai ayat2 POWER utk perangkap mangsa2nya yg tidak pernah kenali wajahnya.

    Antara janji manis semanis gulanya adalah : akan m`hadiahkan laptop, cincin p`kahwinan dan mcm2 lagi expensive stuff utk si gadis.

    Mangsa2 m`beritahu dlm online HOTFM tadi, Mat Salih penipu tu m`minta sejumlah WANG yg b`nilai besar dan dimasukkan ke dlm akaun Mat Salih yg m`janjikan p`kahwinan yg meriah dgn gadis2 ni. Aku yg cuma m`dengar pun jadi GERAM tauuuu dgn Mat Salih penipu tu. Kesian gadis2 tu........t`tipu dan d`tipu.

    Farah Fauzana telah m`nyamar m`jadi seorg gadis @ teman wanita Internet Steve (Mat Salih penipu) utk mengetahui apakah Mat Salih ni benar2 WUJUD. T`nyata Farah Fauzana telah b`jaya menelefon Mat Salih penipu yg b`ada di United Kingdom. Penipu ni dgn sesenang hati m`manggil BABE kat Farah Fauzana. Siap cakap "I love you so much" lagi gituuuu kat Farah Fauzana. Ini b`makna Mat salih penipu ni mmg pandai b`main dgn AYAT2 CINTA utk m`lemahkan mangsa2nya. Dasar penipu.....sampai bila2 juga penipu!!!!!!

    Owhhh gadis / wanita, kenapa kalian begitu m`percayai kata2 manis seorg lelaki yg tidak pernah anda kenali wajahnya?? Lelaki t`lalu mudah m`atur kata2 indah dan ayat2 cinta sempurna hinggakan kita sbg wanita jatuh t`leka penangan "k`ikhlasan" lelaki.

    Kenapa kalian perlu sacrifice wang simpanan utk lelaki yg tidak kalian kenali wajah apatah lagi watak warna peribadi lelaki t`sebut?? Kalian hanya kenali lelaki itu m`lalui INTERNET......dunia yg tiada sempadannya!!!! Berbagai HELAH dan penipuan boleh t`jadi,wahai kaum ku yg sesungguhnya tiada daya m`lawan dan mudah lemah dan leka dgn janji2 manis lelaki. Aku sedih dgn apa yg t`jadi......dunia oh dunia!!! Semakin maju, semakin byk jenayah alam maya t`jadi. Semakin seseorg itu bijak, semakin byk keje2 lagha yg d`lakukan. Sesungguhnya inilah antara dugaan2 di akhir zaman.

    Wahai gadis2 / wanita2 yg ku sanjungi, jgn mudah t`pedaya dgn "kasih syg", "cinta" m`lalui INTERNET. Risikonya amat besar. Hati manusia sukar utk d`tafsir..... segala bagai boleh t`jadi. Kawan2 di hdpan dgn mudah menipu kita, inikan pulak kawan2 di dlm ruangan sembang2 dlm internet.....hmmmm, lagi mudah m`perdaya kita.

    Sama2 kita jadikan iktibar dan pengajaran utk diri kita. Jgn d`buai dgn ayat2 cinta yg penuh tipu daya ciptaan manusia atas bisikan syaitan dan iblis yg d`laknati ALLAH.