31.5.09

Tag cuci toilet maaaaaaa.....

Seperti biasa, xtvt aku yang suka merayau-rayau dan meneropong sana sini yang mmg tak pernah habis2 ni. Jap tadi aku masuk blog Viruspadu, nama aku kat tangga yang pertama wajib menerima dan menjawab tag. Yahooooooo.....ada homework utk aku (amboiiii, sukanye dpt tag / homework)

1) BILA KALI TERAKHIR CUCI TOILET?
Kali terakhir aku cuci toilet rasanya 3 - 4 bulan lepas kot. Bukan malas, tapi memang malassss. Kadang2 kak ipar aku tolong cucikan.

2) PENCUCI APA YG DIGUNAKAN?
Biasanya aku guna L.O.C - pencuci serbaguna yang dikeluarkan oleh AMWAY (siap promote gituuuu).Murah, jimat, tidak mengasari jari-jemari ku yg halus mulus ni. Senang nak sental kekotoran degil kat lantai, pintu toilet, dinding gituuu. So, sesiapa yg degil..meh sini aku sentalkan kekotoran yang terdapat kat diri uols. Lalalalalalala...

3) DALAM 1 MINGGU, BERAPA KALI MOP LANTAI?
Aku ni bab-bab mop2 ni mmg aku suka. Aku paling tak suka tengok lantai rumah basah,kotor, berminyak dan lain2. Setiap hari aku mop lantai. Kalau aku tak mop lantai, mulut aku tolong "mop"kan ....maksudnya, pot-pet,pot-pet,pot-pet. Faham ke?? Bebel tahap minimum je la.

4) APA TUGAS TERAKHIR ANDA SEBELUM MENJELANG MALAM?
Tugas terakhir aku sebelum menjelang malam? Bagi aku, tugas aku tak pernah berakhir. Tapi aku sebolehnya nak mengakhirinya cepat2. Aku biasanya memasak utk makan malam. Then, angkat bakul baju busuk, sumbat kat dalam washing machine....taraaaaaaa.
Lepas tu,buang sampah.

5) APA MENU HIDANGAN MAKAN MALAM PALING SIMPLE?
Menu yang simple ekkkk? Aku ni makan nasi goreng pun ok. Nasi putih dgn telur goreng pun takpe. Maggi mee pun alrite je. Tak makan lagi ok - paling simple dan the paling jimat.Hikhikhikhik.....

6) MINUMAN SELALU DIBUAT WAKTU PAGI?
Aku ni macam "mat saleh" sikit ye (Perasan sekejap ye..). Minum jus buah-buahan atau air kopi hitam. Tapi nenek aku cakap aku ni "mat saleh bontot hitam". Hmmmm,hampeh!!! Itu bukan nak kasi semangat kat aku. Itu namanya nak kasi hati aku terbakar hangus kehangatan.
**Amik ko,Zyma. Padan muko!!**

7) SEBELUM TIDO APA YG AKAN DILAKUKAN?
Aku bersolat Isya` dulu....kang tertido, terlupa nak solat...sapo nak jawab?? Then, aku check e-mail and comment kat blog ni(kalau ada la.... )Lepas tu, aku masuk tido.

8) HARUS JAWAB TAG :

Dah lama aku tak buli org. Aku rasa kali ni aku nak BULI diaorang ni jawab tag dari aku :

1) Kak Izan
2) Along Arman
3) Mummy Dasy
4) Cik Chubby
5) Dan semua org yang suka diBULI menjawab tag. Sila amik dan jawab. Jawan...jgn tak jawab

**Thanks a lot to VP for the tag. Ai dah buat homework cepat2.....nanti you nak buat spot-check,kan. Ai takuttttt....nanti kene tarik telinga. Ai lap you tau.....**

Happy Birthday To me....

31 May ****....is my Birthday.

10 wishes that I may not leave behind during my Birth Day.

I wish I will :

1) be even more matured in making decision or thoughts.

2) be much, much, much healthier, prettier (hmmmm,boleh ke? Kulit dah kedut niiiii. Ahakkkkss) and happier most of the time.

3) have many children but ONE Hubby (Abg,I love you till the end of my life,Insya Allah.)

4) always be with my beloved family....no matter what, no matter how, no matter where and when.

5) have a lot of times to spend with my Hubby and our family for holiday.

6) have a BMW car, ONE FINE DAY,Insya Allah.

7) own a big and beautiful house to live happily with my beloved family.

8) have all life joys with me and my family.

9) be a good daughter to my Mama and Abah.

10) always be a great wife to My Beloved Hubby and mother to my kid(s), Insya Allah.

**Birthday Girl dah buat wish....sahabat2 kepada Birhday Girl tak nak wish "Happy Birthday" kat Birthday Girl ke? Nanti Birthday Girl kiss pipi uols. (Ayat perasan yg penuh dengan "rasuah" sambil buat muka sedih sbb nak hadiah Birthday.)









29.5.09

2 hari lagi......

Semakin hari, aku semakin dewasa dan matang.
Hanya tinggal 2 hari lagi aku akan menyambut ulang tahun kelahiran ku.
Rasa takut pun ada.....happy pun ada. Ye la, rasa macam dah semakin tuaaaaaa...(sob,sob,sob...)

Apa pun ini adalah pengalaman hidup ku....setiap tahun angka umur ku berubah meningkat ke angka yang lebih besar. Ini bererti aku semakin tuaaaa.....berkedut. Ehhhhh,tak.....
Aku semakin mudaaaaaa......kulit ku semakin tegang (ayat nak sedapkan hati dan jiwa sendiri....huhuhuhuhu).

31 May......aku menanti dengan hati yang gumbira sebab aku bakal menerima banyak hadiah.
(Huh...ayat nak sedapkan jiwa sendiri. Pigirahhhhhhhhh ko,Zyma.....tua tetap tua. Ehhhh salah lagi. Aku nak cakap "LAHIR AWAL JE"......tapi malu laaaaa.)

One Lovely Blog Award

See, see.....One Lovely Blog Award gituuuu.


**Aku nak kasi award ni kat semua sahabat yang setia dan selalu datang berkunjung ke blog ini. Sila amik ye.....don`t shy-shy cat. Ini tanda aku sayangkan uols. Tak perlu jawab apa2 soalan. Amik dan tempek je kat blog uols, ok.**












28.5.09

Hati Yang Terluka



Hati yang terluka tiada siapa yang tahu.....

Untuk merawat kelukaan itu aku tidak pasti....

Lalu ku biar kelukaan itu sembuh sendiri.....

Biarpun ianya memeritkan...

Yang pasti aku masih ingin bertahan

Kerna aku tidak bisa memungkiri janji....

Yang pasti aku ingin teruskan

Walau ranjau datang menyapa diri ku........

Biar dihina...

Biar dicerca....

Aku yakin akan keputusan yang aku janjikan

Allah telah menjadi saksi segala yang aku lafazkan....

Aku pasti menjaga kebahagiaan itu

Dengan izin-Nya

Hati yang terluka itu pasti sembuh







26.5.09

Award dari Akak Tirana

Tengok ni apa yg aku dapat. Award....Vespa Blogger Award Frienship gitu. Sekejap tadi, aku masuk blog Akak Tirana dan tengok nama aku juga layak utk menerima award yg sangat cute ni. Thanks a lot, Akak Tirana.

Since award dan tag ni masih fresh.....better aku jawab. Nanti kalau simpan lama2 mesti terlupa. So, aku nak menjalankan tugas2 menjawab tag.....



a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.



**Dah tempek dah ni.....clear lagi gituuuu.**



b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ni diberi oleh Akak Tirana. Aku baru terima sekejap tadi. Thanks ekkkk, Akak Tirana. Actually, tak banyak yg aku tahu mengenai Akak Tirana sbb aku juga baru mengenalinya. But, to the best of my recollection, she is a great blogger which has a lot of great ideas to share with. When the 1st time I was reading her blog, I thought that she`s a perfect person to share ideas or thoughts. And, it`s true.

Bagaimana aku mengenali Akak Tirana di cyber-space ni? Aku merayau2 dari satu blog ke satu blog lain utk mencari info hinggalah aku terhenti dan melihat suatu nama yang indah "The Precious Moment". From there, I knew her. We`ve changed some good thoughts each other. The best thing I`d say is Akak Tirana is a great "TEACHER" to me in changing me. Since the moment, we always keep in touch via this cyber-space (blog).


c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

Actually, secara jujurnya aku ni homely type person even nampak mcm vouge (ahakkkss..uwekkk), so kebanyakkan fakta/hobi aku adalah seperti di bawah ni:

1) Aku suka memasak....dan belajar memasak utk menambah skill masak-memasak nih. Kekadang tu hangus jugak apa yg aku masak.

2) Aku suka mengemas rumah sbb tak suka tengok sepah2 sana sini. Sakit mata mokcik ni nengok sepah2. I hate it!!

3) Aku suka berkebun walaupun tanah sekangkang kera di depan halaman rumah aku. Byk pokok yg aku tanam...tapi malas nak kasi pokok tu minum air. Yg jadi mangsa utk kasi pokok tu minum air adalah kakak ipar aku. Hikhikhik....

4) Aku suka membaca : magazines (Nur, Nona, Mingguan Wanita, Cleo, Vouge). Baca sampai tertido. Lepas tu magazine2 tu yg baca aku.....

5) Aku suka termenung bila rindukan My Hubby. Lepas tu mesti call Hubby terus...and say "I miss you so much,Abg."

6) Aku ada 9 adik-beradik yg sebenarnya.....ramai gitu. 7 perempuan, 2 lelaki. Aku yg ke-3. Pernah ada 3 org ibu. Tapi kini ada 2 org ibu sahaja sbb ibu yg lagi satu tu passed away a few years ago. Best tau ada adik-beradik yg ramai. Semua adik-beradik aku masuk universiti dan college...yg kecil2 masih bersekolah. Itu pun dihantar ke sekolah jenis International School.

7) Aku pernah menjadi model....lama dulu la. Cari pendapatan sendiri kononnya. Masa muda remaja la katakan. Pose sana, pose sini. Menyampah tengok diri sendiri dalam cermin sebab orang selalu cakap aku ni macam ChinDian (Chinese Indian)......waaaaaa. Ye la...mana tidaknya, aku ni hairy type ok. Bulu tangan banyak, nasib baik halus2. Sampai sekarang tak berani display gambar2 masa jd model.....huhuhuuhu. Takut Hubby marah (ampun ye, Hubby......)

8) Aku suka berada di kalangan orang2 yg sukses, berfikiran positif, suka majukan diri dan buat aku ketawa or senyum. That`s why, aku suka akan Akak Tirana. Yang lain2 pun aku suka & sayang jugak.....

9) Makanan yg aku sangat2 suka adalah Mee Hailam. My 1st choice....lalalalalala. Minuman yg aku suka adalah air suam dan mixed fruit juice (aku bikin sendiri...beli punya,ai don`t like).

10) Perpisahan antara Mama & Abah telah mengajar aku erti kehidupan yg realiti. Itu baru berpisah hidup....aku dah rasa kehilangan yg teramat sangat. Berpisah mati?? I can`t express my feelings now. I can`t....my parents adalah segalanya utk aku.

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Aku memilih :

1) Kak Tie

2) Ceera

3) Mamamanja

4) Eriey

5) Nina

6) Puteri Salji















24.5.09

Whatsoever la.......

Aku takde mood or idea nak buat n3 sehari dua ni.
Life is like this.......complicated!!!

Apa pun, aku kasi hati ku kat My Beloved Hubby. Cinta ku kat Hubby tetap number ONE!!


I LOVE YOU,HUBBY

13.5.09

Jom buat plastic surgery...

Jalan2 tadi........merayap sana,merapa sini. Tetiba aku terjumpa sesuatu yang menarik.
Aku jumpa kat blog Kak Tie. Thanks ekkkk,Kak Tie.

Ada klinik bedah muka......buat plastic surgery gitu. Memandangkan plastic surgery tu free, so jom kita enjoy!!! (ehh! macam citer Puteri la pulak).

Aku buat surgery kat hidung,mata,bibir, pipi....



Ni gambar aku sebelum buat plastic surgery yang free tu.



Lepas beberapa saat aku di"plastic surgery"kan, ini la hasilnya. Ishhhh, patut la free......tengok bibir aku.....macam tak menjadi. Cian kat aku......huhuhuhu. Actually, based on gambar asal aku sebelum dibedah-siasat hingga jadi Kristin Kreuk, muka aku kan sedang tersenyum. So, this is the result. "Waaaaaaaaaaa......doktor, saya nak muka asal saya!!!! Nak jugak...nak jugak!!!!".
Nasi pun dah jadi bubur......aku pulak dah jadi Zyma Kreuk (kak long kepada Kristin Kreuk).
Nyesal....nyesal. Hampeh bebenor surgeon tu!!!

Ishhhhh, bila tengok....dok renung sampai 18 kali, rasa macam cun gak. Hmmmmm, apa2 je la ko ni Zyma.
So, sesiapa yang berani mati nak bedah muka secara FREE....boleh la klik sini.